Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Menjenguk persiapan Unit Taktikal Polis tangani insiden 'ganas'

Sekiranya ada tunjuk perasaan, misalnya para pekerja merusuh di luar asrama untuk menuntut gaji yang tidak dibayar, tahukah anda pasukan mana yang akan dikerahkan secepatnya bagi menangani kes seperti ini? Apa lagi jika keadaan dengan pantas bertukar menjadi rusuhan ganas.

Anggaran Waktu Membaca:
Menjenguk persiapan Unit Taktikal Polis tangani insiden 'ganas'

PTU dalam satu simulasi yang dijalankan. (Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 20 Oct 2018 04:03PM Dikemas Kini : 20 Oct 2018 04:06PM

SINGAPURA: Sekiranya ada tunjuk perasaan, misalnya para pekerja merusuh di luar asrama untuk menuntut gaji yang tidak dibayar, tahukah anda pasukan mana yang akan dikerahkan secepatnya bagi menangani kes seperti ini? Apa lagi jika keadaan dengan pantas bertukar menjadi rusuhan ganas.

Itulah tugas Unit Taktikal Polis (PTU) yang sudah ditubuhkan sejak 1950an. Tidak hanya bertanggungjawab untuk menghuraikan para perusuh dalam insiden tunjuk perasaan, unit tersebut juga akan dikerahkan sekiranya dalam kejadian berkaitan keselamatan seperti mencari penjenayah bersenjata, pendatang haram dan pengganasan.

Dalam insiden-insiden tertentu juga, setelah mencuba untuk tidak menggunakan kekerasan, PTU terpaksa mengambil tindakan lebih tegas.

Antara kes-kes terbesar pernah ditangani PTU sejauh ini termasuk rusuhan di Little India pada 2013.

Kegiatan seharian PTU dalam mempersiapkan diri bagi insiden yang berlaku di luar dugaan, pelbagai. Antaranya, mereka perlu menjalani latihan untuk memberi respons secepatnya apabila berlaku kecemasan.

PTU lazimnya berpakaian khas untuk melindungi diri dan dilengkapi dengan gas pemedih mata serta senjata P4. Meskipun kelihatan seperti senapang, P4 tidak menggunakan peluru hidup tetapi 'peluru' kurang bahaya. Gas pemedih mata pula boleh menyebabkan kulit seperti rasa terbakar apabila terkenanya di samping menyukarkan seseorang bernafas. 

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan