Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mengapa sekolah terus dibuka sedangkan kelas tuisyen sudah digantung? Menteri MOE jawab 4 keprihatinan utama ibu bapa

Langkah-langkah lebih ketat bagi mengekang penularan COVID-19 diumumkan pada Selasa (24 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Mengapa sekolah terus dibuka sedangkan kelas tuisyen sudah digantung? Menteri MOE jawab 4 keprihatinan utama ibu bapa

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 12:28PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 12:31PM

SINGAPURA: Langkah-langkah lebih ketat bagi mengekang penularan COVID-19 diumumkan pada Selasa (24 Mac).

Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah itu, pasukan bertindak berbilang kementerian bagi COVID-19 mengatakan semua kelas tuisyen di pusat-pusat tuisyen dan kelas-kelas pengayaan akan digantung.

"Ini bagi mengurangkan pergaulan pelajar daripada pelbagai sekolah dan meningkatkan keselamatan para pelajar," menurut kenyataan itu.

Langkah-langkah itu diumumkan di samping sekatan terhadap perhimpunan di luar sekolah dan tempat kerja, termasuk aktiviiti keagamaan, perhimpunan agama dan tempat-tempat yang menjadi daya tarikan pelancong.

Para ibu bapa bagaimana mempersoalkan mengapa sekolah-sekolah terus dibuka sedangkan pusat-pusat sedemikian diarahkan supaya ditutup.

Pada Rabu (25 Mac), Menteri Pendidikan Ong Ye Kung menjawab pertanyaan itu bersama beberapa lagi soalan yang kerap diajukan kepadanya menerusi satu catatan di Facebooknya.

1. Mengapa sekolah-sekolah terus dibuka meskipun kelas-kelas tuisyen dan pengayaan digantung?

Penggantungan kelas-kelas tuisyen dan pengayaan bukan berdasarkan jumlah pelajar mahupun kegiatan yang dianjurkan. Tumpuan Pemerintah adalah bagi menghadkan penularan virus itu dan memastikan kehidupan dapat diteruskan seperti biasa.

Di sekolah, MOE memastikan para pelajar hanya bergaul dengan rakan-rakan sedarjah mereka. Jika terdapat satu kes COVID-19 di sekolah, pengesanan kontak boleh dilakukan dan penularan virus itu dapat dikawal dengan meletakkan kelas itu di bawah perintah kuarantin.

Namun, jika terdapat kes jangkitan COVID-19 di sebuah pusat tuisyen, ramai pelajar daripada pelbagai sekolah mungkin berisiko dijangkiti virus tersebut.

Justeru, MOE memutuskan untuk menggantung kelas di semua pusat bahasa MOE serta kelas-kelas tuisyen dan pengayaan.

2. Bagaimana untuk memastikan para pelajar atau mereka yang mempunyai anggota keluarga yang telah ke luar negara, tidak ke sekolah?

Para pelajar diminta sebelum cuti sekolah Mac untuk mengisytiharkan ke mana mereka akan bercuti sepanjang tempoh tersebut. Sekolah-sekolah juga menjalankan pemeriksaan ke atas setiap pelajar di pintu pagar sekolah bagi memastikan hanya mereka yang tidak ke luar negara dibenarkan masuk.

Memandangkan ini melibatkan isu tanggungjawab sosial, MOE menyeru kerjasama ibu bapa untuk mengisytiharkan secara jujur mengenai perjalanan mereka supaya kanak-kanak lain tidak berisiko dijangkiti.

3. Adakah pusat-pusat jagaan pelajar akan terus dibuka?

Ya, pusat-pusat jagaan pelajar akan terus dibuka dan lebih banyak langkah berjaga-jaga akan dilaksanakan. Pusat jagaan pelajar penting kerana ia membantu untuk menjaga para pelajar supaya para ibu bapa, terutama sekali mereka yang bekerja dalam sektor penting seperti jagaan kesihatan dapat memberikan tumpuan kepada tugas mereka.

4. Bagaimana dapat kita memastikan anak-anak kita tidak berisiko dijangkiti apabila menaiki pengangkutan awam?

Pemerintah sedang berusaha untuk mendapatkan lebih ramai majikan membolehkan kakitangan mereka bekerja dari rumah atau membenarkan jadual kerja lebih fleksibel supaya tidak ramai penumpang yang menaiki pengangkutan awam semasa waktu sibuk.

MOE juga sedang menimbangkan saranan para ibu bapa seperti menawarkan waktu sekolah yang berasingan dan diaturkan secara berperingkat dan melaksanakan langkah-langkah lain untuk para pelajar tingkatan tinggi bagi membantu mengurangkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam.

Menurut Encik Ong, MOE memahami keprihatinan para ibu bapa.

"Pemerintah sedang berusaha untuk mendapatkan lebih ramai majikan membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah atau mempunyai waktu kerja lebih fleksibel. Ini supaya bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam semasa waktu sibuk akan berkurangan, sekali gus mengurangkan risiko berlaku jangkitan."

Beliau turut mendedahkan bahawa MOE sedang "menimbangkan saranan-saranan oleh para ibu bapa untuk mengadakan waktu sekolah yang berasingan dan langkah-langkah lain untuk para pelajar tingkatan tinggi bagi membantu mengurangkan jumlah penumpang yang menaiki pengangkutan awam.

"Namun anda harus mengambil kira bagaimana virus itu menular. Dengan menyentuh wajah anda atau menerusi pendedahan buat tempoh yang lama kepada individu yang dijangkiti seperti berbual dengannya pada jarak yang dekat bagi tempoh yang panjang.

"Jadi dengan menyingkatkan masa perbualan anda dalam pengangkutan awam dan mencuci tangan sebelum dan selepas melakukan perjalanan dan tidak menyentuh wajah anda, ia dapat membantu mencegah diri anda daripada dijangkiti," kata Encik Ong.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan