Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mendaki SENSE, NTUC ganding bahu hubungkan pemohon kerja dengan sektor berkembang; masyarakat mesti bersedia hadapi transformasi jangka panjang

MENDAKI SENSE dan NTUC akan berpadu tenaga untuk menghubungkan para pemohon kerja Melayu/Islam dengan sektor-sektor yang pesat berkembang.

Anggaran Waktu Membaca:
Mendaki SENSE, NTUC ganding bahu hubungkan pemohon kerja dengan sektor berkembang; masyarakat mesti bersedia hadapi transformasi jangka panjang

Para pengunjung pesta kerjaya di Kelab Masyarakat Keat Hong pada 20 Apr. (Gambar: MENDAKI SENSE)

SINGAPURA: MENDAKI SENSE dan NTUC akan berpadu tenaga untuk menghubungkan para pemohon kerja Melayu/Islam dengan sektor-sektor yang pesat berkembang.

Ini bagi memudahkan akses kepada peluang latihan dan peningkatan kemahiran.

Lebih penting lagi, sesiapa saja tanpa mengira usia akan mendapat sokongan selagi mereka bersedia mempersiapkan diri untuk ekonomi baru.

Menteri Negara Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara Zaqy Mohamad akan menerajui usaha tersebut.

Dalam catatan Facebooknya semalam (15 Jun), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli turut mendedahkan bahawa Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) akan membantu para peniaga dalam usaha pendigitalan dan menembusi pasaran baru.

Merujuk kepada ucapan siaran nasional Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Ahad (14 Jun), Encik Masagos berkata Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu juga akan menghulurkan sokongan yang lebih khusus kepada masyarakat Melayu/Islam.

Semua ini, kata Encik Masagos, memerlukan persediaan dan transformasi jangka panjang.

Namun, beliau yakin masyarakat Melayu/Islam dapat berkembang maju dan merebut peluang baru dengan penuh yakin di tengah-tengah cabaran COVID-19, dengan adanya sokongan pemerintah dan pasukan bertindak SGTeguhBersatu.

"Saya pasti dengan sokongan Pemerintah dan SGTeguhBersatu, masyarakat kita akan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menggarap peluang baru dengan penuh yakin dan berkembang maju sebagai Masyarakat Gemilang," kata Encik Masagos sebelum mengakhiri catatannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan