Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mendaki sambut ulang tahun ke 35 dengan acara lelong, kumpul dana

Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke 35, Mendaki menjemput 12 bakat tempatan untuk menyumbang kepada Dana Amanah Pendidikan (ETF) menerusi acara lelong amal hari ini (15 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke 35, Mendaki menjemput 12 bakat tempatan untuk menyumbang kepada Dana Amanah Pendidikan (ETF) menerusi acara lelong amal hari ini (15 Nov).

Ini bagi terus menyokong ETF yang kini dilanjutkan untuk pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah dan juga Institut Pengajian Teknikal (ITE).

"Subsidi yang diberi oleh pemerintah mungkin tidak mencukupi untuk mereka, jadi mereka memerlukan bantuan yang lebih. Dari itu, ETF dapat menyokong mereka seperti untuk (membayar) tambang bas, buku-buku. Sebab itu penting, kalau tidak ada perkakas, bagaimana mahu belajar," kata Encik Salim Abdul Kadir, pengerusi ETF Mendaki.

Selain itu, buat julung-julung kalinya, lapan pereka fesyen serta empat cef pencuci mulut tempatan, tampil menyumbang ciptaan kreatif mereka untuk dilelongkan.

Mereka terdorong untuk menyumbang kembali kepada dana yang pernah mereka manfaati satu ketika dahulu.

Lelongan yang paling murah dimulakan daripada $80.

Antara yang paling menarik perhatian adalah pakaian rekaan Mazri Ismail yang lelongannya dimulakan pada harga $2,000 dan kek ciptaan Lynn Saijian-Lim yang bermula pada harga $700.

"Saya mahu memberi balik kepada Mendaki kerana Mendaki telah membantu dengan yuran sekolah saya semasa di politeknik. Saya memilih baju ini kerana ia telah mendapat maklum balas yang baik dan telah digayakan oleh Lydia Asyikin untuk Pesta Perdana 2017," Encik Mazri Ismail berkongsi dengan BERITAMediacorp.

"Setiap individu dan perniagaan boleh memainkan peranan terpulang pada masing-masing, tapi bagi saya, saya menyumbangkan kebolehan saya membuat kek," kata Cik Lynn Saijan-Lim pula.

Lebih menarik lagi, pelukis tempatan Malik Mazlan, melelongkan sebuah kaligrafi Cina yang dilukisnya secara langsung di acara itu.

Mendaki berharap untuk mengumpulkan sebanyak $20,000 dalam lelongan tahun ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan