Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MENDAKI, NIE bentuk kumpulan kerja demi tawar sokongan kepada pelajar lemah

Yayasan MENDAKI mengumumkan pembentukan sebuah kumpulan kerja dengan Institut Pendidikan Nasional (NIE) yang akan bermula pertengahan bulan depan. Pengumuman tersebut dibuat semasa acara Simposium Pendidikan MENDAKI pada Rabu (30 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
MENDAKI, NIE bentuk kumpulan kerja demi tawar sokongan kepada pelajar lemah

(Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Yayasan MENDAKI mengumumkan pembentukan sebuah kumpulan kerja dengan Institut Pendidikan Nasional (NIE) yang akan bermula pertengahan bulan depan.

Pengumuman tersebut dibuat semasa acara Simposium Pendidikan MENDAKI pada Rabu (30 Jun).

Dipanggil Kumpulan Kerja MENDAKI-Pejabat Penyelidikan Pendidikan (OER), kumpulan kerja itu bertujuan memberi maklumat dan mereka program-program MENDAKI agar ia dapat lebih memenuhi keperluan masyarakat Melayu.

Kumpulan kerja itu juga, menurut MENDAKI, akan mempermudah perkongsian ilmu-ilmu yang relevan untuk membina kapasiti dan keupayaan dalaman.

Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi MENDAKI, yang mengumumkan demikian menambah, dengan memanfaatkan bakat-bakat kajian yang lebih besar ini akan membolehkan badan bantu diri itu menawarkan "sokongan-sokongan dan intervensi-intervensi lebih baik bagi para pelajar yang kurang maju" menerusi program-program MENDAKI.

"Melalui kumpulan kerja ini, saya yakin ia dapat membantu MENDAKI menyediakan program-program yang berkesan dan relevan. Pada masa yang sama, menerusi usahasama ini, keupayaan dan kemampanan kedua-dua pihak juga dapat dipertingkatkan. Justeru saya mengalu-alukan usahasama yang mendalam di antara NIE dengan MENDAKI ini," jelas Encik Zaqy.

MENDAKI menambah, lebih penting lagi, dengan adanya pertambahan sumber-sumber dan bukti-bukti kajian yang dijana daripada kerjasama itu, ia "kritikal" dalam membantunya mewujudkan program-program pendidikan di tengah-tengah landskap pembelajaran yang berubah-ubah sekarang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan