Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MENDAKI menang anugerah pengurusan pengetahuan

Yayasan MENDAKI menerima satu pengiktirafan - iaitu anugerah Knowledge Ready Organisation (KRO) 2018 daripada Persatuan Pengurusan Pengetahuan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
MENDAKI menang anugerah pengurusan pengetahuan

Anugerah KRO yang disampaikan. (Gambar:Facebook/MENDAKI Singapore)

SINGAPURA: Yayasan MENDAKI menerima satu pengiktirafan - iaitu anugerah Knowledge Ready Organisation (KRO) 2018 daripada Persatuan Pengurusan Pengetahuan Singapura.

Badan bantu diri itu merupakan salah satu daripada hanya dua pemenang tahun ini. Satu lagi agensi yang menerima anugerah tersebut adalah Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Anugerah KRO itu disampaikan semalam (29 Ogos). Ia merupakan satu anugerah yang menilai pertubuhan-pertubuhan berdasarkan amalan-amalan Pengurusan Pengetahuan menerusi enam aspek.

Ini termasuk strategi, kepimpinan, budaya, proses, teknologi dan penilaian-penilaian kesan.

Ciri-ciri seperti yang digariskan anugerah tersebut, membolehkan MENDAKI menghayati kekuatannya dan mengesan bidang-bidang yang boleh dipertingkat.

Ini untuk terus menyokong dan memperkukuh bagaimana Pengetahuan tentang Pertubuhan serta Pembelajaran menjadi tunggak penting dalam matlamat badan bantu diri tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan