Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MENDAKI lahir rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Saidi Shariff

Yayasan MENDAKI melahirkan rasa dukacitanya di atas pemergian salah seorang anggota pengasasnya, Allahyarham Saidi Shariff hari ini (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
MENDAKI lahir rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Saidi Shariff

Allahyarham Saidi Shariff (kiri). (Gambar-gambar: MENDAKI/FB)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 08:02PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 08:09PM

SINGAPURA: Yayasan MENDAKI melahirkan rasa dukacitanya di atas pemergian salah seorang anggota pengasasnya, Allahyarham Saidi Shariff hari ini (14 Jan).

Allahyarham yang juga mantan Anggota Parlimen Kaki Bukit (1980-1984), meninggal dunia pada 5.54 pagi tadi di Hospital Besar Ng Teng Fong akibat serangan jantung, pada usia 79 tahun.

Menerusi catatan di laman Facebooknya hari ini, MENDAKI menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Saidi Shariff atas pemergian Allahyarham.

MENDAKI juga berkongsi catatan tentang sumbangan dan khidmat Allahyarham Saidi.

Allahyarham Saidi Shariff (belakang, dua dari kiri). (Gambar-gambar: MENDAKI/FB)

Selaku salah seorang anggota pengasas badan bantu diri itu dari tahun 1982 sehingga 1985, Allahyarham juga berkhidmat dalam Jawatankuasa Pendidikan, tambah MENDAKI.

Antara sumbangan terbesar Allahyarham Saidi adalah pelibatannya dalam Kongres MENDAKI. Allahyarham adalah antara 'akar' yang membantu membentuk pertubuhan itu sehingga ia menjadi sebuah badan yang berjaya mempertingkat kehidupan ramai anak Melayu/Islam menerusi pendidikan.

Beliau kemudian menjadi Anggota Jawatankuasa MENDAKI dari tahun 1985 hingga 1987 dan seterusnya berkhidmat sebagai Anggota Majlis MENDAKI dari tahun 1988 hingga 1989. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan