Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MENDAKI buat laporan polis: Ada pemanggil kononnya polis, gunakan 'talian' MENDAKI

Awas sekiranya anda menerima panggilan daripada individu yang mendakwa dirinya pegawai polis menerusi nombor-nombor telefon MENDAKI. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Awas sekiranya anda menerima panggilan daripada individu yang mendakwa dirinya pegawai polis menerusi nombor-nombor telefon MENDAKI. Segeralah menghubungi MENDAKI kerana ia adalah panggilan palsu.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkannya hari ini (26 Jun), Yayasan MENDAKI menyatakan ia dimaklumkan oleh orang awam yang menerima panggilan sedemikian.

MENDAKI yang sudahpun membuat aduan polis, menafikan bahawa ia membuat panggilan-panggilan tersebut.

Badan bantu diri itu menasihati orang ramai supaya berhati-hati jika menerima panggilan palsu itu dan segera hubungi pertubuhan itu di talian 62455555 atau membuat aduan menerusi kiriman emel di mendaki [at] mendaki.org.sg

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan