Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MENDAKI anjur majlis hargai bakti jawatankuasa panduan CLF labs, raikan anggota baru

Yayasan MENDAKI menganjurkan satu jamuan tengah hari di Furama Hotel semalam (11 Feb) bagi menghargai bakti para anggota Jawatankuasa Panduan CLF Labs.

Anggaran Waktu Membaca:
MENDAKI anjur majlis hargai bakti jawatankuasa panduan CLF labs, raikan anggota baru

Encik Saktiandi Supaat, Dr Elmie Nekmat, Encik Aslam Shah, Encik Mohksin Rashid, Cik Rahayu Buang, Dr Yaacob Ibrahim, Encik Syakir Hashim, Cik Liyana Sulaiman, Tengku Ahmad Syamil dan Encik Muhd Suffian Zainuddin. (Gambar: Yayasan MENDAKI)

Diterbitkan : 12 Feb 2018 11:15PM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 07:43PM

SINGAPURA: Yayasan MENDAKI menganjurkan satu jamuan tengah hari di Furama Hotel semalam (11 Feb) bagi menghargai bakti para anggota Jawatankuasa Panduan CLF Labs.

Sejak ditubuhkan pada 2011, CLF Labs telah memberi peluang kepada golongan muda untuk cuba menguji idea-idea kreatif dan inovatif yang boleh membantu masyarakat Melayu/Islam.

Ini dilakukan melalui bantuan modal untuk membangunkan dan melakasanakan idea mereka.

Tujuh anggota Jawatankuasa Panduan CLF Labs itu bertanggungjawab meneliti dan memilih projek-projek yang sesuai dengan wawasannya.

Majlis menghargai sumbangan mereka, turut dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim yang juga Pengerusi Yayasan MENDAKI.

Setiap anggota bersama penasihat Jawatankuasa Panduan CLF Labs, Encik Saktiandi Supaat, diberikan hadiah penghargaan bagi mengiktiraf sumbangan mereka selama dua tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan MENDAKI, Cik Rahayu Buang menyatakan penghargaan terhadap dedikasi dan komitmen anggota jawatankuasa dalam memastikan CLF Labs terus menjadi platform pilihan bagi golongan belia Muslim.

Menurut Cik Rahayu jawatankuasa itu meluluskan lebih 20 projek dan mengagihkan sekitar S$150,000 dalam pendanaan modal sepanjang tenpoh khidmatnya selama dua tahun.

Acara itu juga menyaksikan jawatankuasa tersebut menyerahkan tugasnya kepada pasukan baru.

Pasukan itu terdiri daripada empat anggota lama - Encik Syakir Hashim sebagai pengerusi, Dr Elmie Nekmat dan Encik Mokhsin Rashid sebagai Naib Pengerusi serta Encik Aslam Shah.

Tiga anggota baru pula terdiri daripada Cik Nabillah Jalal, Cik Nurul Jihadah dan Encik Nasrul Rohmat.  

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan