Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Memilih untuk jadi warga negara baru Singapura satu proses dua hala - PM Lee

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata memilih untuk menjadi warga negara baru Singapura adalah satu komitmen yang tinggi dan merupakan proses dua hala.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Sep 2018 02:38PM Dikemas Kini : 23 Sep 2018 09:18PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata memilih untuk menjadi warga negara baru Singapura adalah satu komitmen yang tinggi dan merupakan proses dua hala.

PM Lee berkata demikian di majlis meraikan 150 warga baru Singapura dari GRC Ang Mo Kio dan SMC Sengkang West di Kelab Masyarakat Teck Ghee.

Encik Lee berkata warga Singapura yang lain mengalu-alukan kedatangan keluarga baru itu ke dalam masyarakat setempat.

Mereka membawa bersama pengalaman, kemahiran, bakat dan kemesraan yang menambah nilai pada kepelbagaian masyarakat Singapura.

PM Lee melahirkan harapan agar warga baru ini akan kekal menjadikan Singapura sebagai negara mereka dan menyumbang kepada negara.

Beliau juga menyeru warga baru supaya menjadi warga negara yang aktif dan melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan masyarakat serta berinteraksi dengan warga tempatan.

Majlis-majlis meraikan warga baru Singapura diadakan setiap tiga bulan di GRC-GRC merata Singapura dengan tujuan untuk menyemai rasa kecintaan terhadap negara di kalangan warga baru itu. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan