Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Membimbangkan: 25% orang Melayu perokok, sedangkan purata nasional 12%

Sekitar 25% penduduk Melayu di sini merokok iaitu seganda lebih tinggi daripada kadar nasional, 12%.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar 25% penduduk Melayu di sini merokok iaitu seganda lebih tinggi daripada kadar nasional, 12%. Menurut Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kesihatan, Amrin Amin, perangkaan itu agak membimbangkan.

Maka itu, satu kempen media sosial akan dilancarkan dalam separuh kedua tahun ini bagi menyokong matlamat pemerintah menurunkan kadar perokok kepada 10% menjelang 2020.

Encik Amrin ditemui di satu acara sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia hari ini (30 Mei).

Menurut beliau, kempen antimerokok yang dijalankan pemerintah setakat ini sudah berjaya menurunkan kadar perokok daripada 18.3% pada 1992 kepada sekitar 12% pada 2004.

KEMPEN KURANGKAN MEROKOK

Usaha itu diteruskan dengan pelancaran satu kempen media sosial kelolaan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) bagi mendidik para belia tentang bahaya merokok.

"Kami akan melancarkan satu kempen untuk mengingatkan masyarakat tentang bahayanya merokok. Kami juga akan menggalak mereka yang merokok untuk kurangkan merokok. Kempen ini bermatlamat untuk memastikan masyarakat kita mengamalkan hidup yang sihat dan tidak merokok," kata Encik Amrin.

Sekitar 80 pelajar hadir dalam sesi hari ini (30 Mei) di mana mereka berpeluang berkunjung ke Makmal Ujian Rokok Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Di makmal berkenaan, mereka mempelajari tentang bahan-bahan kimia merbahaya di dalam rokok. Misalnya, sebatang rokok mengeluarkan sehingga 725 kali ganda lebih banyak bahan toksik daripada had pengeluaran produk-produk lain.

Merokok merupakan penyumbang kedua tertinggi bagi penyakit yang dialami rakyat tempatan. Seramai 2,000 penduduk tempatan dianggarkan mati akibat merokok pada tahun 2016.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan