Images
  • Jan weather
    (Gambar: Alex Lo, Faceboo/ Michael Wong). 

Memang, Januari 2018 penuh dengan kejadian cuaca luar biasa. Ini buktinya...

SINGAPURA: Bulan Januari menyaksikan banyak kejadian luar biasa pada cuaca Singapura. Demikian menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) hari ini (1 Feb).

Bulan ini tidak hanya menyaksikan kejadian banjir kilat dan fenomena hujan air batu. Malah Singapura juga mengalami cuaca sejuk paling lama dalam tempoh 10 tahun.

Berikut adalah beberapa fenomena cuaca yang disaksikan pada bulan lalu:

BANJIR KILAT DI KAWASAN TIMUR S'PURA


Pada minggu pertama Januari, hujan ribut daripada tiga sistem cuaca berbeza, menimpa negara ini menurut MSS. Iaitu ribut petir tempatan, badai Sumatra dan monsun.

Pada 8 Januari, bahagian timur Singapura mengalami hujan paling lebat pada musim hujan di sini.

Ini menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan, dengan jumlah hujan tertinggi dicatatkan berlaku di kawasan Paya Lebar iaitu pada paras 131.8 mm.

Umumnya, hujan pada bulan Januari "lebih tinggi" daripada biasa. 502.4mm hujan direkodkan di Paya lebar - iaitu 119 peratus lebih tinggi dari purata harian.


MINGGU SEJUK


Dari 10 Januari hingga 14 Januari, Singapura juga mengalami cuaca sejuk paling lama dalam tempoh 10 tahun. Suhu harian malah jatuh serendah 21.2°C.

Ini direkodkan di Admiralty dan Jurong West pada 14 Januari.

Menurut MSS, cuaca lebih sejuk daripada biasa ini disebabkan oleh perubahan angin monsun di Laut China Selatan yang membawa kepada cuaca sejuk yang berterusan selama lima hari di Singapura.

Ia menambah, keadaan monsun, termasuk satu lagi perubahan angin monsun antara 30 Disember hingga 1 Januari mengakibatkan cuaca berawan, dingin, berangin serta hujan di merata Singapura dan kawasan sekitarnya.

HUJAN BATU DI UTARA S'PURA


Pada 30 Januari, hujan batu dilaporkan berlaku di beberapa kawasan Singapura, termasuk Seletar, Yishun dan Ang Mo Kio di tengah-tengah ribut petir.

Ini berpunca dari awan ribut petir yang tinggi di udara yang diburukkan lagi dengan tiupan angin kencang di kawasan utara, menurut MSS.

Ribut petir itu turut mengakibatkan banjir kilat di Seletar North Link dan beberapa pokok tumbang di kawasan itu.

SENGKAYAN BERDEKATAN EAST COAST PARK


Keesokkan harinya, pada 31 Januari satu lagi ribut petir dengan angin kuat melanda kawasan timur Singapura.

Sengkayan atau pancuran air besar disaksikan berlaku di kawasan pantai timur Singapura.

Tong sampah besar dan bot seberat 70kg melayang ditiup angin di Pusat Sukan Layar Kebangsaan di East Coast Park.

Di kawasan berdekatan pula, sebatang pokok besar tumbang di sebatang jalan raya di Marine Parade Road dan menghalang perjalanan trafik.  

- CNA/AQ/aq

Top