Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mekanisme kerjasama S'pura-China berfungsi baik: Naib Presiden China Wang Qishan

Naib Presiden China, Wang Qishan berkata mekanisme kerjasama antara negaranya dengan Singapura berfungsi dengan baik dan hubungan dua hala antara kedua-dua negara boleh menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mekanisme kerjasama S'pura-China berfungsi baik: Naib Presiden China Wang Qishan

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 17 Oct 2019 06:04PM Dikemas Kini : 17 Oct 2019 06:11PM

BEIJING: Naib Presiden China, Wang Qishan berkata mekanisme kerjasama antara negaranya dengan Singapura berfungsi dengan baik dan hubungan dua hala antara kedua-dua negara boleh menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Singapura dan China bakal meraikan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengunjungi Encik Wang di Beijing hari ini (17 Okt).

Menurut Encik Wang, China sudah memasuki era baru selepas Kongres Parti ke-19 pada 2017.

Encik Wang berkata, dalam era baru ini hubungan China-Singapura akan meraih kemajuan yang lebih pesat dan bermutu.

Pada Selasa (15 Okt), Encik Heng buat pertama kalinya mempengerusikan bersama Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) dengan Naib Perdana Menteri China Han Zheng.

Ia adalah forum peringkat tertinggi antara kedua-dua negara.

Encik Heng berkata baginya pertemuan itu substantif dan berhasil.

Beliau menambah bahawa hubungan dua hala sebenarnya wujud lama sebelum kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik.

Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasamanya sudah berkembang meliputi beberapa wilayah China.

DPM Heng juga bertemu dengan Naib Perdana Menteri China Liu He.

Encik Heng melakukan lawatan empat hari ke China yang berakhir hari ini (16 Okt).

Semasa lawatan itu, beliau mengunjungi Chongqing, Tianjin dan Beijing. 

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan