Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MediFund agih S$150 juta bantu pesakit memerlukan pada tahun kewangan lalu

Rakyat Singapura yang memerlukan menerima bantuan bernilai hampir S$150 juta dari Dana Endowmen Perubatan (MediFund) pada tahun kewangan lalu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (29 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Nov 2018 03:12PM Dikemas Kini : 29 Nov 2018 09:36PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura yang memerlukan menerima bantuan bernilai hampir S$150 juta dari Dana Endowmen Perubatan (MediFund) pada tahun kewangan lalu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (29 Nov).

MediFund menyediakan keseluruhannya S$149.8 juta kepada sekitar 1.18 juta permohonan bagi bantuan bil perubatan pada tahun kewangan 2017, iaitu dari 1 April 2017 hingga 31 Mac 2018.

Dana itu membantu para pesakit Singapura yang yang tidak mampu membayar bil-bil perubatan mereka selepas subsidi-subsidi pemerintah, MediShield Hayat dan MediSave.

"MediFund memastikan tiada rakyat Singapura yang dinafikan rawatan perubatan sewajarnya atas sebab tidak berupaya membayar," menurut MOH.

Jumlah yang diagihkan tahun lalu lebih tinggi sedikit daripada S$143.9 juta yang diagihkan pada tahun sebelumnya. Jumlah permohonan MediFund yang diluluskan juga naik 3.8 peratus, dari sekitar 1.14 juta pada tahun kewangan 2016.

Secara purata, jumlah bantuan MediFund yang disediakan adalah S$953 bagi rawatan dalam hospital dan S$85 bagi rawatan pesakit luar, tambah MOH.

Lebih banyak bantuan kewangan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan rawatan jangka panjang, dari S$25.1 juta pada tahun kewangan 2016 kepada S$29.8 juta tahun lalu.

"Kenaikan itu disebabkan peningkatan dalam jumlah kemudahan dan mereka yang tampil mendapatkan khidmat, hasil usaha Kementerian Kesihatan untuk menyediakan para pesakit dengan akses lebih baik kepada jagaan masyarakat," menurut kementerian itu.

Pada tahun kewangan 2017, S$500 juta disuntik ke dalam MediFund, membawa jumlah modal keseluruhan kepada S$4.5 bilion.  

Sumber : CNA/AQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan