Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mediacorp lancar Projek Pencipta Muda pupuk daya kreativiti tempatan

Mediacorp melancarkan Projek Pencipta Muda untuk membantu memupuk dan mengembangkan lagi bakat-bakat kreatif Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 May 2018 08:10PM Dikemas Kini : 23 May 2018 11:12PM

SINGAPURA: Mediacorp melancarkan Projek Pencipta Muda untuk membantu memupuk dan mengembangkan lagi bakat-bakat kreatif Singapura.

Disokong oleh Penguasa Pembangunan Media Infokom atau IMDA projek itu menyediakan bakat-bakat dalam industri penciptaan kandungan sumber dan kemahiran yang diperlukan untuk menghidupkan idea mereka.

Projek ini disertai kumpulan-kumpulan pelajar dari tiga politeknik yang menghasilkan 11 filem pendek kesemuanya.

Setiap kumpulan digandingkan dengan seorang mentor. Para mentor sama ada seorang Penerbit Eksekutif, Pengarah, Penulis atau Jurukamera dari Mediacorp.

Mereka menawarkan nasihat dan pandangan kepada kumpulan itu, dari proses membentangkan idea sehinggalah kerja-kerja penerbitan yang sebenar.

Filem-filem singkat itu kini boleh ditonton di Toggle. 

Sumber : CNA/EM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan