Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mediacorp jalin kerjasama dengan VICE Media, Spackman Entertainment

Mediacorp akan menjalin kerjasama dengan tiga syarikat media iaitu VICE Media, Wattpad dan Spackman Entertainment Group untuk menawarkan idea-idea dan pendekatan baru bagi memperluaskan ekosistem kandungan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Apr 2019 07:44PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 09:34PM

SINGAPURA: Mediacorp akan menjalin kerjasama dengan tiga syarikat media iaitu VICE Media, Wattpad dan Spackman Entertainment Group untuk menawarkan idea-idea dan pendekatan baru bagi memperluaskan ekosistem kandungan.

Pengumuman itu dibuat semasa Sidang Kemuncak Pengendali Video Asia Pasifik (APOS) di Bali pada Selasa (23 Apr)

Jalinan kerjasama itu akan membawakan pelbagai kandungan sesuai bagi tontonan setiap lapisan masyarakat.

Ini sejajar dengan usaha Mediacorp untuk meneroka cara-cara baru bagi mendampingi para penonton dan rakan-rakan kongsinya.

 "Dan kami menyasarkan untuk mengadakan lebih banyak usaha sebegini supaya kami dapat memberi inspirasi kepada para penonton dan membawa penyelesaian pengiklanan yang lebih berkesan kepada rakan-rakan kongsi kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mediacorp Tham Loke Kheng.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, ^syarikat VICE Media akan membuat kandungan videonya tersedia di wadah hiburan digital Toggle.

Mediacorp pula akan mewakili VICE.com bagi semua urusan penjualan iklan di Singapura.

Satu siri drama romantik 20 episod yang berlatarkan industri hotel Singapura akan dihasilkan menerusi kerjasama antara Mediacorp dengan syarikat Korea Selatan, Spackman Entertainment Group.

WADAH BAGI KARYA PENULIS TEMPATAN DIPERLUAS

Selain itu, idea-idea kandungan juga akan dicerna daripada kisah-kisah asal yang dimuat naik di wadah Wattpad.

Tidak lama lagi, para penulis tempatan berpeluang melihat cerita tulisan mereka dibawa ke layar lebar.

Cerita-cerita yang berpotensi akan dipilih daripada sekitar 560 juta cerita yang dimuat naik di Wattpad.

Peraduan juga akan diadakan bagi menarik lebih ramai penulis menyumbang kisah-kisah yang berpotensi untuk dikembangkan lagi. 

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan