Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Media sosial 'pengubah keadaan' tangani isu perkauman tapi dialog bukan online sama penting

Kelaziman wadah media sosial tatkala pandemik COVID-19 menjadikannya satu "pengubah keadaan" dengan membolehkan anak-anak muda Singapura membangkitkan dan membincangkan insiden-insiden perkauman. 

Anggaran Waktu Membaca:
Media sosial 'pengubah keadaan' tangani isu perkauman tapi dialog bukan online sama penting

Dari kiri: penyampai CNA Elizabeth Neo, koresponden TODAY Ng Jun Sen, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib, anggota lembaga pengasas Pusat bagi Pemahaman Antara Kaum, dan Penolong Profesor Laavanya Kathiravelu dari NTU. (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 13 Nov 2021 11:11AM Dikemas Kini : 13 Nov 2021 11:13AM

SINGAPURA: Kelaziman wadah media sosial tatkala pandemik COVID-19 menjadikannya satu "pengubah keadaan" dengan membolehkan anak-anak muda Singapura membangkitkan dan membincangkan insiden-insiden perkauman.

Topik-topik tersebut adalah sesuatu yang akan dihindari generasi-generasi sebelum mereka, kata seorang penggiat silang agama semasa satu webinar secara langsung TODAY Live pada Jumaat (12 Nov).

Encik Mohamed Imran Mohamed Taib, anggota pengasas lembaga Pusat bagi Pemahaman Silang Agama, berkata biasanya selepas seseorang berkongsi satu insiden perkauman di media sosial, seseorang lain akan mengesahkan senario seumpama itu boleh berlaku kerana mereka juga pernah berdepan situasi serupa.

“Akhirnya, ia menjadi semakin hebat ke satu tahap di mana kita tidak lagi boleh menyoroknya dan kita perlu berbincang tentangnya secara terbuka," kata Encik Imran semasa edisi kedua siri webinar itu.

Edisi pertama diadakan tahun lalu pada November dan Disember.

Sesi pada Jumaat disiarkan secara langsung pada pukul 8.00 malam di akaun-akaun Instagram dan TikTok TODAY.

Topic bagi bahagian pertama siri webinar lima bahagian tahun ini adalah mengenai perkauman dan bagaimana Singapura boleh bergerak melangkaui tolak ansur untuk menjadi sebuah masyarakat yang tidak menilai orang mengikut kaum atau etnik mereka.

Penyampai CNA Elizabeth Neo menjadi pemudah cara bagi webinar itu yang turut dihadiri oleh Penolong Profesor Laavanya Kathiravelu, ahli sosiologi dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU), dan koresponden TODAY Ng Jun Sen, yang sudah banyak membuat liputan berita berkaitan hal ehwal sosial.

Pada Jumaat, TODAY juga menerbitkan beberapa dapatan daripada satu tinjauan ke atas golongan belia yang berkaitan dengan topik webinar tersebut.

Laporan itu, yang ditulis oleh Encik Ng, mendapati 64 peratus responden percaya tahap perkauman meningkat sewaktu pandemik. Dua pertiga responden Melayu serta India berkata mereka pernah mengalami rasisme dalam kehidupan mereka.

Ia juga mendapati 81 peratus responden berasa media sosial sudah memperbesar-besarkan insiden seumpama itu.

Sekalipun media sosial berguna sebagai wadah untuk membanteras perkauman, Encik Ng menegaskan semasa webinar itu bahawa ia juga ibarat senjata makan tuan kerana ia juga boleh digunakan untuk "memperbesar-besarkan atau menggembar-gemburkan sesuatu insiden".

Faktor ketularan bagi sesetengah catatan media sosial ini mencetuskan rasa perkauman lebih pantas berbanding sebelumnya.

Penolong Profesor Laavanya berkata media sosial juga membiarkan suara kumpulan individu terpinggir untuk didengari kerana "bukan suara semua orang dihargai dengan sama".

GENERASI LEBIH TUA DAN RASISME

Selain membincangkan penggunaan media sosial, barisan anggota panel juga menyentuh tentang pelbagai topik yang meliputi soalan-soalan daripada penonton tentang mendidik generasi lebih tua mengenai perkauman.

Encik Ng berkata ia akan menjadi berguna untuk memahami asal usul kepercayaan mereka dan cuba untuk menangani mengapa perkara sudah berubah.

Encik Imran, yang menukil perubahan bahasa sebagai satu contoh, berkata sesetengah perkataan yang digunakan pada masa lalu mungkin tidak lagi boleh diterima sekarang walaupun asalnya ia tidak berbahaya.

Encik Imran berkata ia adalah salah untuk menolak pandangan generasi lebih tua kerana mereka mempunyai "lebih banyak pengalaman" untuk dikongsikan bersama generasi lebih muda.

CARI TEMPAT SELAMAT UNTUK BERBINCANG

Anggota panel juga berkata pendidik mempunyai peranan dalam membantu meneruskan perbincangan mengenai perkauman di Singapura.

Sebagai permulaan, Penolong Prof Laavanya mencadangkan agar warga muda Singapura diajar menjadi celik media, khususnya jika melibatkan media sosial, supaya mereka mehamami untuk tidak bulat-bulat mempercayai segala apa yang mereka nampak sebagai fakta atau kebenaran.

Dengan cara itu, jelas beliau, mereka boleh memahami bahawa "terdapat banyak sudut pandangan kepada satu-satu isu".

Beliau menambah bahawa mendapatkan sekolah untuk mendidik pelajar bagi memahami kesukaran yang dihadapi masyarakat berbeza juga akan membantu menjalin hubungan lebih baik antara kaum berbeza.

Encik Imran bersetuju dengan perkara yang dibangkitkan oleh Penolong Profesor Laavanya adalah topik-topik yang perlu diajarkan oleh sistem pendidikan Singapura.

Bagaimanapun, beliau menyuarakan keprihatinan tentang sama ada sekolah akan "terkejar-kejar" untuk membuka ruang terbuka yang selamat bagi golongan muda untuk melibatkan diri dalam topik-topik seperti perkauman memandangkan perbincangan sudahpun dilakukan di luar alam maya melalui interaksi depan-depan.

HAK ISTIMEWA CINA

Satu topik yang dikemukakan oleh seorang penonton adalah isu hak istimewa masyarakat Cina dan sama ada ia benar atau tidak berasas.

Penolong Profesor Laavanya berkata ada banyak perbincangan tentang perkara itu tetapi orang ramai mungkin mempunyai takrifan berbeza tentang apakah maksudnya.

“Pertama sekali, saya mahu menekankan bahawa hak istimewa masyarakat Cina tidak bermakna ia bertentangan dengan orang Cina," tambah beliau.

Sebaliknya, ia adalah tentang struktur terbina dalam masyarakat yang mungkin memihak kepada kumpulan tertentu, serupa dengan keistimewaan bagi sesetengah jantina, kumpulan usia atau malah kedudukan dalam sebuah keluarga.

Bagaimanapun, beliau berhujah ia adalah satu topik sensitif kerana tidak semua orang Cina mempunyai keistimewaan yang sama.  

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan