Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ME4 Hanafi Maksom antara 96 pegawai dilantik Pakar Tentera Kanan

Upacara pelantikan Pakar Tentera Kanan berlangsung secara tertutup pada Selasa dan Rabu (7 & 8 Jul) disebabkan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Upacara pelantikan Pakar Tentera Kanan berlangsung secara tertutup pada Selasa dan Rabu (7 & 8 Jul) disebabkan pandemik COVID-19.

Namun, ia tetap bermakna bagi 96 pegawai yang mendapat pentaulihan pangkat ME4, khususnya bagi ME4 Hanafi Maksom, antara pegawai tertua dalam kohort tersebut.

Meski tanpa kehadiran anggota keluarga dan orang tersayang, kejayaan para pegawai yang tamat kursus Pakar Tentera Kanan (ME) tetap diraikan bersama teman-teman seangkatan.

Upacara itu menandakan pelantikan mereka memainkan tanggungjawab lebih besar dalam unit mereka selepas tiga bulan menjalani latihan kepakaran mendalam seperti kejuruteraan, risikan dan perubatan ketenteraan.

Upacara dibahagikan kepada empat sesi demi menjaga jarak selamat antara pegawai.

USIA LANJUT SATU KELEBIHAN BAGI ME4 HANAFI MAKSOM

Encik Hanafi Maksom, 52 tahun, antara yang menerima pedang istiadat selepas dilantik menjadi Pakar Tentera Kanan (ME4).

Encik Hanafi berkata: "Saya amat berterima kasih sekali kepada SAF kerana memberi saya banyak sangat peluang semasa perkhidmatan saya di SAF dan pada hari ini saya telah mendapat banyak peluang untuk memperbaiki diri saya dan menggunakan ilmu yang saya dapat untuk pekerjaan saya."

Beliau yang sudah berkhidmat selama 32 tahun di SAF, akan memikul tanggungjawab sebagai ketua jurulatih di Institut Latihan Perubatan SAF.

"Tugas saya sebagai ketua jurulatih adalah untuk pastikan latihan yang kita lakukan adalah selamat dan mencapai matlamat yang kita tetapkan."

Dengan pengalamannya, beliau akan terus berusaha untuk mendidik pegawai-pegawai baru di SAF.

Encik Hanafi menambah: "Bagi saya pada usia yang lanjut ini ia adalah satu kelebihan kerana kita dapat berkongsi pengalaman yang saya telah lalui kepada pegawai-pegawai lebih muda."

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan