Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MCI isytihar The States Times Review sebagai Lokasi Online Yang Diisytiharkan di bawah POFMA

Laman Facebook The States Times Review (STR) akan menjadi Lokasi Online Yang Diisytiharkan (DOL) di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) mulai Ahad (16 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
MCI isytihar The States Times Review sebagai Lokasi Online Yang Diisytiharkan di bawah POFMA

(Gambar: Factually/gov.sg)

Diterbitkan : 15 Feb 2020 03:01PM Dikemas Kini : 15 Feb 2020 03:04PM

SINGAPURA: Laman Facebook The States Times Review (STR) akan menjadi Lokasi Online Yang Diisytiharkan (DOL) di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) mulai Ahad (16 Feb).

Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) mengumumkan demikian menerusi satu kenyataan media pada Sabtu (15 Feb), sehari selepas Menteri Kesihatan Gan Kim Yong mengeluarkan arahan pembetulan bagi satu catatan yang mengandungi dakwaan "tidak benar sama sekali" berhubung keadaan virus korona COVID-19.

Lokasi Online Yang Diisytiharkan boleh termasuk laman web serta laman sesawang dan ditakrifkan sebagai "lokasi online yang membawa tiga atau lebih kepalsuan online yang menjadi subjek arahan aktif yang dikeluarkan oleh POFMA". Ini menurut laman web pejabat itu yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran undang-undang tersebut.

"Lokasi Online Yang Diisytiharkan tidak dibenarkan meraih keuntungan daripada penyebaran kepalsuan di Singapura," dedah laman web itu sambil menambah bahawa orang awam harus "mengambil langkah berwaspada dan membuat pemeriksaan fakta tambahan" jika mengakses laman-laman tersebut untuk maklumat.

Arahan pembetulan terkini adalah yang ketiga dikeluarkan terhadap laman Facebook STR, yang dimiliki oleh Encik Alex Tan, sejak November tahun lalu.

"Laman Facebook STR tidak mematuhi mana-mana perintah POFMA yang dikenakan ke atasnya," menurut MCI.

MCI menambah selain "menyebarkan kepalsuan" mengenai keadaan COVID-19 di Singapura, laman itu juga dikaitkan dengan laman-laman web lain, yang dikendalikan oleh Encik Tan, yang "meraih keuntungan dalam bentuk kewangan daripada kepalsuan ini dengan menggadaikan maruah rakyat Singapura dan masyarakat kita". 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan