Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

McDonald's 'belanja' 2,000 set BTS Meals sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan Lapangan Terbang Changi

Peranan kakitangan barisan hadapan dalam usaha Singapura melawan COVID-19 memang tidak dapat dipertikaikan. Atas dasar itu, McDonald's Singapore memilih untuk mengiktiraf jasa bakti dan pengorbanan mereka dengan menghadiahkan 2,000 set BTS Meals yang baru dilancarkan pada Isnin (21 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's 'belanja' 2,000 set BTS Meals sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan Lapangan Terbang Changi

(Gambar: CAG, McDonald's Singapore)

Diterbitkan : 21 Jun 2021 10:39PM Dikemas Kini : 21 Jun 2021 10:59PM

SINGAPURA: Peranan kakitangan barisan hadapan dalam usaha Singapura melawan COVID-19 memang tidak dapat dipertikaikan. Atas dasar itu, McDonald's Singapore memilih untuk mengiktiraf jasa bakti dan pengorbanan mereka dengan menghadiahkan 2,000 set BTS Meals yang baru dilancarkan pada Isnin (21 Jun).

Khususnya, McDonald's menawarkan makanan percuma tersebut kepada para kakitangan di Zon 1 Lapangan Terbang Changi, iaitu zon yang paling berisiko, sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka.

Lapangan Terbang Changi dibahagikan kepada zon-zon berasingan sejak lewat Mei setelah satu kelompok jangkitan COVID-19 dikesan di sana.

Di bawah pelan pengasingan itu, terminal-terminal di lapangan terbang tersebut akan dibahagikan kepada tiga zon. Para pekerja tidak dibenarkan bergaul di Zon 1 - iaitu kawasan berisiko paling tinggi - dengan mereka yang bertugas di zon-zon lain semasa melakukan syif masing-masing, menurut Lapangan Terbang Changi ketika itu.

Para pekerja di Zon 1, termasuk mereka yang bekerja di kawasan terminal yang menghubungkannya dengan terminal-terminal lain, pelepasan imigresen dewan ketibaan dan dewan bagasi, akan dilindungi "dengan PPE tahap paling tinggi".

"Kami ingin mengiktiraf sumbangan kumpulan pekerja Lapangan Terbang Changi kita yang telah menunjukkan ketekunan dan dedikasi yang luar biasa dalam memastikan lapangan terbang beroperasi 24/7 dalam suasana sekarang ini. Kami menyanjungi wira-wira ini dan akur bahawa keadaan sekarang tidak mudah bagi mereka," kata Pengurus Besar McDonald's Singapore, Benjamin Boh dalam satu kenyataan media.

"Set BTS Meals yang kami sampaikan adalah tanda penghargaan kecil dari pihak kami untuk menyebarkan keceriaan dan sokongan agar kakitangan barisan hadapan ini dapat menikmati makanan percuma daripada kami.”

BTS Meal dilancarkan di McDonald's® Singapore pada Isnin sebagai sebahagian daripada menu "jelajah" yang unik hasil kerjasama dengan ikon pop global, BTS.

(Gambar: Instagram/Changi Airport)

(Gambar: Instagram/Changi Airport)

Selain 9 keping Chicken McNuggets®, kentang goreng dan minuman, ia disertakan dengan dua sos perisa terhad baru yang dipilih oleh BTS sendiri dan diilhamkan oleh McDonald's Korea Selatan - Sweet Chili dan Cajun.

2,000 set makanan itu disiapkan di restoran McDonald’s di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan dihantar kepada para kakitangan di Zon 1 dengan mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat paling ketat, menurut kenyataan syarikat itu.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Operasi Lapangan Terbang, Changi Airport Group Encik Albert Lim, berkata: "Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada McDonald's atas sokongan dan perhatian mereka terhadap kumpulan pekerja di lapangan terbang. McDonald's telah menjadi sebahagian daripada keluarga Lapangan Terbang Changi sejak 1981. Kami sangat berbesar hati dengan semangat setia kawan dan perpaduan mereka, yang terus membakar semangat para pekerja di lapangan terbang kami dan memastikan Changi terus beroperasi walaupun dalam masa-masa paling sukar ini." 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan