Images
  • woodlands dead body
    Mayat lelaki ditemui di Blok 677 Woodlands Avenue 6 pada 12 Ogos 2019. (Gambar: Instant Street View)

Mayat lelaki ditemui di tempat pembuangan sampah blok HDB Woodlands

SINGAPURA: Mayat seorang lelaki ditemui berhampiran kawasan pusat pembuangan sampah di sebuah blok HDB di Woodlands petang tadi (12 Ogos).

Polis menyatakan mereka dimaklumkan tentang kes kematian luar biasa itu pada sekitar 12.05 tengah hari di Blok 677 Woodlands Ave 6.

Ia menambah lelaki berusia 64 tahun ditemui terbujur kaku dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh para anggota paramedik.

Siasatan polis sedang dijalankan. 

- CNA/FZ/fz

Top