Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mayat lelaki disyaki lemas ditemui di pantai East Coast Park

Mayat seorang lelaki berusia 62 tahun yang percayai lemas dijumpai di pantai East Coast Park pada Isnin (8 Mac) pagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat lelaki disyaki lemas ditemui di pantai East Coast Park

Gambar fail Taman East Coast. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 08 Mar 2021 05:14PM Dikemas Kini : 08 Mar 2021 05:15PM

SINGAPURA: Mayat seorang lelaki berusia 62 tahun yang percayai lemas dijumpai di pantai East Coast Park pada Isnin (8 Mac) pagi.

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai "kes individu disyaki lemas" di East Coast Park berdekatan tempat letak kereta F3 pada pukul 7.04 pagi tadi.

Mayat lelaki itu dilihat terapung di air, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), sambil menambah ia menerima panggilan "meminta bantuan menyelamat di laut" sekitar pukul 7.10 pagi.

"Para penyelamat SCDF membawa keluar mayat itu dari berhampiran tepi pantai," ia memberitahu Mediacorp.

"Lelaki itu disahkan mati di tempat kejadian oleh anggota paramedik SCDF."

Menurut polis, tiada perbuatan khianat disyaki berhubung kematian lelaki tersebut, sambil menambah siasatan sedang dijalankan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan