Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mayat ditemui di Kolam Air Lower Seletar

Mayat seorang lelaki, 28 tahun, ditemui terapung-apung di Kolam Air Lower Seletar malam semalam (25 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat ditemui di Kolam Air Lower Seletar

Kolam Air Lower Seletar. (Gambar: PUB)

Diterbitkan : 26 Jun 2018 06:59PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 07:27PM

SINGAPURA: Mayat seorang lelaki, 28 tahun, ditemui terapung-apung di Kolam Air Lower Seletar malam semalam (25 Jun).

Beliau disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat insiden berlaku, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Mediacorp difahamkan bahawa lelaki tersebut sedang memancing secara bersendirian sebelum insiden berlaku.

Polis menyifatkan kes tersebut sebagai kematian luar biasa dan siasatan sedang dijalankan.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan