Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mau jimat duit petrol? Laman ini bandingkan harga, promosi semua stesen minyak S'pura

Para pemandu dan penunggang kenderaan bermotor sekarang boleh membandingkan harga minyak yang ditawarkan oleh peruncit-peruncit berbeza untuk mendapatkan tawaran termurah dengan memanfaatkan laman web Fuel Kaki, yang dilancarkan pada Isnin (13 Jan) oleh pihak pengawas pengguna.

Anggaran Waktu Membaca:
Mau jimat duit petrol? Laman ini bandingkan harga, promosi semua stesen minyak S'pura

Sebuah stesen minyak. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 12:13AM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 12:25AM

SINGAPURA: Para pemandu dan penunggang kenderaan bermotor sekarang boleh membandingkan harga minyak yang ditawarkan oleh peruncit-peruncit berbeza untuk mendapatkan tawaran termurah dengan memanfaatkan laman web Fuel Kaki, yang dilancarkan pada Isnin (13 Jan) oleh pihak pengawas pengguna.

Pengguna Fuel Kaki boleh membandingkan harga untuk pelbagai jenis gred petrol di kesemua peruncit seperti Caltex, Esso dan Shell.

Mereka juga boleh mengambil kira diskaun, rebat dan bayaran tunai balik (cashback) yang ditawarkan peruncit berbeza untuk menganggarkan bayaran yang perlu dibuat.

Fuel Kaki dilancarkan oleh Persatuan Pengguna Singapura (CASE) dengan sokongan Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS).

Ia dilancarkan setelah siasatan pasaran CCCS pada 2017 berhubung harga runcit petrol di Singapura mendapati bahawa pengguna yang membuat perbandingan harga boleh meraih "penjimatan ketara".

Siasatan juga mendapati bahawa oleh kerana peruncit petrol mempunyai syarat dan terma yang berbeza untuk pelbagai skim promosi, membandingkan harga petrol adalah agak sukar.

"Fuel Kaki bertujuan untuk memberi pengguna maklumat terkini mengenai harga pam dan promosi untuk perbandingan yang mudah, dengan itu membantu pengguna memaksimumkan nilai pembelian ketika mereka mengisi minyak," menurut Naib Presiden CASE, Melvin Yong.

CASE menambah, ExxonMobil Asia Pasifik, pemilik rangkaian stesen minyak Esso, sudah bersetuju untuk membekalkan maklumat yang relevan ke laman web itu. Bagi peruncit lain, CASE menyatakan ia "berusaha untuk memeriksa maklumat harga dan promosi" dan mengemas kini laman web sewajarnya.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan