Images
  • singapore worker masks virus
    (Gambar fail: TODAY)

Masyarakat #SGMestiSerius ambil langkah tangani COVID-19, kata Masagos

SINGAPURA: "Kita MESTI SERIUS dalam mengambil langkah menangani krisis COVID-19!"

Gesaan ini dibuat oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dalam catatan Facebooknya hari ini (26 Mac).

Catatan yang sama turut diiringi dengan video terbitan Muslim SG yang berkongsi tentang bagaimana virus korona COVID-19 boleh merebak melalui aktiviti harian kita.

"Video ini jelas menunjukkan cara COVID-19 merebak dan bagaimana kita dapat mencegahnya.

"Janganlah kita ambil sambil lewa nasihat untuk mengubah tabiat-tabiat sosial kita, seperti mengamalkan #SalamMufti, menggunakan sejadah dan telekung sendiri dan menjaga kebersihan diri," nasihat Encik Masagos dalam catatan itu.

Dalam pada itu, Menteri Sekitaran dan Sumber Air itu turut menyeru orang ramai supaya memuat turun aplikasi TraceTogether bagi memudahkan usaha pengesanan kontak Kementerian Kesihatan (MOH) dalam menjejak para individu yang berhubung rapat dengan pesakit COVID-19.

Sejauh ini, aplikasi itu sudah dimuat turun oleh 700,000 orang.

"Setiap daripada kita mampu dan harus memainkan peranan dalam mengatasi masa-masa sukar ini," tulis Encik Masagos sebelum mengakhiri catatannya. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

- BERITAmediacorp/ha

Top