Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masyarakat Melayu/Islam S'pura mula derma kepada tabung bantuan Aceh, Rohingya

Masyarakat Melayu/Islam Singapura sudah mula menderma kepada tabung bantuan kemanusiaan di 70 masjid tempatan, untuk penduduk Aceh dan Rakhine.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masyarakat Melayu/Islam Singapura sudah mula menderma kepada tabung bantuan kemanusiaan di 70 masjid tempatan, untuk penduduk Aceh dan Rakhine.

Dipihaknya, agensi bantuan kemanusiaan Mercy Relief menyatakan, ia memerlukan sekurang-kurangnya $30,000 untuk membantu mangsa-mangsa gempa di Aceh.

Usaha mengumpul derma itu yang diperlukan itu dikendalikan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).

Gempa sekuat 6.5 rikter di Aceh minggu lalu meragut lebih 100 nyawa penduduknya dan meranapkan banyak bangunan.

Wilayah Rakhine pula, ramai orang awam terbunuh dan kampung-kampung dibakar menyusuli serangan-serangan daripada kumpulan-kumpulan militan.

Dalam usaha menghulurkan bantuan kepada wilayah-wilayah memerlukan itu, kesemua 70 masjid di Singapura hari ini (12 Dis), mula meletakkan kotak-kotak derma bagi mengumpul dana untuk membantu penduduk Aceh dan Rakhine.

"Sebagai seorang Islam, kita seharusnya membantu orang-orang yang memerlukan dan mereka yang sedang melalui ujian yang amat berat. Saya berharap dengan dana dan usaha ini, mereka dapat kembali dengan menjalankan hidup mereka dengan biasa semula," kata seorang penderma Muhd Zhafir Raihan.

Seorang lagi, Mohd Rozi Mohd Nor berkata: "Amat digalakkan untuk jemaah di Singapura untuk membantu negeri kita yang kena gempa. Mudah-mudahan dengan bantuan kita ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban."

Kempen yang diterajui RLAF ini akan berlangsung sehingga Isnin depan (19 Dis).

Semua hasil kutipan derma akan disalurkan ke pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan untuk digunakan sebagai bantuan kemanusiaan bagi para mangsa di Aceh dan wilayah Rakhine.

Mercy Relief merupakan salah satu agensi bantuan yang sudah pun tiba dan melakukan kerja-kerja kemanusiaan di Aceh.

Ia kini memerlukan sekurang-kurangnya $30,000 untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan, minumuan,perubatan kesihatan dan tempat perlindungan kecemasan.

(Gambar-gambar: BERITAMediacorp)

Badan kemanusiaan yang akan memberi bantuan kepada wilayah Rakhine pula akan diumumkan kelak menurut RLAF, kerana ia masih lagi dalam perbincangan.

Orang ramai juga boleh menderma menerusi wang tunai atau cek kepada Muis di Hab Islam Singapura.

Pendermaan secara dalam talian juga diterima menerusi laman berikut: https://zakat.sg/ePayment/donations. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan