Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masyarakat Melayu/Islam letak kepentingan dalam menghormati wanita: Masagos Zulkifli

Masyarakat Melayu/Islam setempat meletakkan kepentingan dalam menghormati wanita. Demikian ulasan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli di Facebook pada Isnin (15 Jun), berhubung isu melibatkan podcast tempatan OK Let's Go.

Anggaran Waktu Membaca:
Masyarakat Melayu/Islam letak kepentingan dalam menghormati wanita: Masagos Zulkifli

Encik Masagos Zulkifli semasa wawancara pada 7 Jun 2020 (Gambar: Ummu Rabbisyfina/BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 15 Jun 2020 09:07PM Dikemas Kini : 15 Jun 2020 09:12PM

SINGAPURA: Masyarakat Melayu/Islam setempat meletakkan kepentingan dalam menghormati wanita.

Demikian ulasan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli di Facebook pada Isnin (15 Jun), berhubung isu melibatkan podcast tempatan OK Let's Go.

Siri rancangan podcast itu baru-baru ini semakin mendapat kritikan oleh orang ramai kerana membawa unsur-unsur merendahkan martabat wanita dalam rancangan mereka.

Isu tersebut menarik perhatian pelbagai pemimpin masyarakat, termasuk Presiden Halimah Yaacob dan Mufti Negara Dr Naziruddin Mohd Nasir. Turut menyuarakan pandangan mereka adalah Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad dan Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan Amrin Amin.

"Seperti yang ditekankan Zaqy Mohamad, penghinaan terhadap wanita adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Ramai yang telah mengkritik dan memberi pandangan tentang isu OkLetsGo. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu/Islam meletakkan kepentingan dalam menghormati wanita," tulis Encik Masagos di Facebook hari ini.

Encik Masagos turut menarik perhatian bahawa OK Let's Go sudahpun mengakui kesilapan mereka dan mengeluarkan kenyataan memohon maaf. Beliau menggesa semua pihak mempelajari dari kesilapan tersebut dan memperbaiki diri untuk masa hadapan.

Beliau turut menekankan pentingnya pihak yang berpengaruh luas, seperti personaliti, untuk berpegang pada nilai-nilai yang selaras dengan masyarakat.

"Alhamdulilah, OkLetsGo telahpun mengakui kesilapan mereka dan meminta maaf. Sememangnya, manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan. Yang penting adalah bagaimana kita mempelajari dari kesilapan tersebut dan memperbaiki diri untuk masa hadapan. Sebagai personaliti dengan pengaruh yang luas, ia amatlah penting untuk OkLetsGo berpegang pada nilai-nilai yang selaras dengan masyarakat Melayu/Islam," kata Encik Masagos.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan