Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masyarakat, kaunselor Boon Lay sedia hulur sokongan kepada Sekolah Tinggi River Valley

Masyarakat Boon Lay sudahpun menghubungi Sekolah Tinggi River Valley untuk menawarkan sebarang bantuan yang mungkin diperlukan, kata Anggota Parlimen GRC West Coast Desmond Lee hari ini (19 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
Masyarakat, kaunselor Boon Lay sedia hulur sokongan kepada Sekolah Tinggi River Valley

Sejambak bunga diletakkan di luar pagar belakang Sekolah Tinggi River Valley pada 19 Jul 2021. (Gambar: Ang Hwee Min)

Diterbitkan : 19 Jul 2021 09:32PM Dikemas Kini : 19 Jul 2021 09:34PM

SINGAPURA: Masyarakat Boon Lay sudahpun menghubungi Sekolah Tinggi River Valley untuk menawarkan sebarang bantuan yang mungkin diperlukan, kata Anggota Parlimen GRC West Coast Desmond Lee hari ini (19 Jul).

Pusat khidmat keluarga tempatan juga sudahpun mempersiap para kaunselornya dan yang lain dari pusat-pusat berdekatan untuk menghulurkan sokongan kepada mereka yang terjejas dari segi emosi atau psikologi, tambah beliau dalam satu catatan Facebook.

Encik Lee menyatakan demikian selepas seorang remaja lelaki Menengah 4 diberkas berhubung kematian seorang lagi pelajar di Sekolah Tinggi River Valley yang terletak di Boon Lay.

“Kami amat terkejut dan berdukacita dengan apa yang berlaku di Sekolah Tinggi River Valley pagi ini. Ingatan dan doa saya bersama keluarga yang bersedih serta juga dengan para pelajar, guru, ibu bapa dan alumni yang tentunya sangat terjejas oleh tragedi ini dan cuba sedaya upaya memahaminya," tambah beliau.

“Kami juga sudah mengaktifkan para relawan masyarakat kami untuk membantu sekolah itu dalam apa cara yang ia perlukan dan menyediakan kemudahan kami untuk kegunaan sekolah tersebut, jika perlu."

Awal dari itu, Speaker Parlimen Tan Chuan-jin pada Isnin merayu kepada anggota masyarakat supaya kekal bertenang dan tidak menambah penderitaan keluarga-keluarga terjejas.

“Tolong jangan sebarkan gambar-gambar dan desas-desus. Ia hanya akan menambahkan lagi luka mereka," katanya di Facebook.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan