Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Yusof Ishak jelaskan penganjuran acara makan tengah hari sempena Tahun Baru Cina

 Lembaga Pentadbir Masjid Yusof Ishak membuat penjelasan mengenai program makan tengah hari sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Yusof Ishak jelaskan penganjuran acara makan tengah hari sempena Tahun Baru Cina

Antara acara pembukaan pada hari kedua Masjid Yusof Ishak. (Gambar: BERITAMediacorp)

Diterbitkan : 28 Feb 2018 12:02AM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 12:04AM

SINGAPURA: Lembaga Pentadbir Masjid Yusof Ishak membuat penjelasan mengenai program makan tengah hari sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Majlis yang diadakan pada 24 Februari lalu mencetuskan kekecohan di media sosial kerana pihak masjid di kawasan Woodlands itu dikatakan menganjur segmen tarian yang dipercayai tidak sesuai untuk dijalankan di sebuah masjid.

Dalam catatan Facebooknya semalam (27 Feb) Masjid Yusof Ishak menyatakan bahawa program itu dianjurkan bersama rakan-rakan akar umbi dan bertujuan untuk memperkukuh hubungan budaya berbilang kaum di sini.

Acara itu juga diadakan di tempat meletak kereta bawah tanah masjid dan dihadiri para penghuni dari tiga rumah kebajikan.

Ia selanjutnya menambah bahawa masjid itu berpegang teguh kepada nilai-nilai berbilang budaya dan perpaduan sosial yang sejajar dengan nilai Rahmatan Lil Alamin.

Namun, ia akur beberapa elemen program yang melibatkan muzik tradisional dan lagu, tidak sesuai diadakan dalam sekitaran masjid.

Menurutnya acara itu bertujuan membawa keceriaan kepada penghuni rumah-rumah kebajikan yang hadir, tetapi malangnya diadakan segmen demonstrasi tarian yang tidak dirancang.

Pihak Masjid meminta maaf kerana keadaan itu menyebabkan kebimbangan di kalangan jemaah. Tambahnya, ia akan berusaha memastikan insiden serupa tidak berulang.  

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan