Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Haji Yusoff galak timba ilmu tentang alam semula jadi sambil beriadah

Bayangkan suasana udara pagi yang segar dengan dikelilingi spesis pokok dan tumbuh-tumbuhan beraneka.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bayangkan suasana udara pagi yang segar dengan dikelilingi spesis pokok dan tumbuh-tumbuhan beraneka.

Jika anda menggambarkan keindahannya, pemandangan hijau inilah yang benar-benar menyambut sekitar 90 kakitangan dan jemaah dari Masjid Haji Yusoff sempena Hari Aktif MHY pada Sabtu (16 Feb).

Dianjurkan sejak 10 tahun lalu, pihak Masjid Haji Yusoff memilih Learning Forest di Kebun Bunga bagi edisi Hari Aktif tahun ini.

Ternyata, inilah antara usaha Masjid Haji Yusoff bagi mendorong kehidupan lebih cergas dan aktif bagi kakitangan dan jemaah dari segenap lapisan usia - beriadah sambil menimba ilmu baru mengenai alam semula jadi.

Sekitar 90 kakitangan dan jemaah dari Masjid Haji Yusoff menyertai Hari Aktif MHY pada Sabtu (16 Feb).

TURUT ERATKAN HUBUNGAN DAN GALAK MINDA TERBUKA

Antara tarikan utama di Learning Forest adalah SPH Walk of Giants yang mempunyai antara spesis pokok yang tertinggi di Asia Tenggara, tasik angsa dan tumbuhan khas yang memberi ilham kepada ahli botani E J H Corner mencetuskan formula 'Teori Durian'.

Jelas, ia bukan sahaja membolehkan kumpulan ini beriadah, malah lebih dari itu.

Sukarelawan dari Masyarakat Amal Jariyah Hougang, Cik Nasbiah Mahmod berkata: "Kita dapat berkenalan antara satu sama lain, selain daripada kita mengetahui pokok-pokok yang dulu saya tak pernah tahu. Pada waktu yang sama, kita dapat mengeratkan silaturahim antara yang tua dan yang muda."

"Ia dapat memberi manfaat kerana saya dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan sambil bersenam pagi," jelas peserta18 tahun, Encik Rafiqin Rosli.

Malah, sukarelawan di Masjid Haji Yusof yang berusia 71 tahun, Cik Fatimah Abdul Rahman juga melahirkan keseronokannya.

"Dapat melihat pokok-pokok dan alam yang semula jadi dan kicauan ayam-ayam hutan dan burung-burung. Itu yang membuat saya lebih seronok dan gembira dan membuka minda saya, lebih cergas," kongsi beliau.

HARI AKTIF MHY BAKAL DIPERLUASKAN

Yang pasti, Hari Aktif MHY yang juga pernah dianjurkan di Henderson Waves, Coney Island (Pulau Serangoon) dan Sembawang Park, ingin diperluaskan lagi di masa hadapan.

"Insya-Allah masa depan kita akan meluaskan dengan membuat liputan di Facebook, buat perkongsian dan juga lebih ramai jemaah dapat mengikuti kita dalam kegiatan Hari Aktif," kata pengerusi masjid, Encik Kamarudin Ibrahim.

Para peserta Hari Aktif MHY turut mengambil bahagian dalam kegiatan membina semangat berpasukan dan kuiz di akhir acara.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan