Images
  • rahmatan lil alamin
    Logo Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF). (Gambar: Rahmatan Lil Alamin/ Facebook)

Masjid dan RLAF kumpul derma bantu mangsa banjir Jakarta, kebakaran belukar Australia

SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama kesemua 70 masjid di Singapura akan mengadakan pungutan derma bagi membantu mangsa bencana alam di Jakarta dan Australia.

Tabung derma akan diletakkan di masjid selama seminggu bermula Jumaat 17 Jan hingga Khamis depan 23 Jan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, RLAF menyatakan ia juga menjalankan kutipan melalui wadah online di laman web RLAF: http://www.rlafoundation.org.sg/
dan MUIS: https://zakat.sg/ePayment/donations.aspx

Orang ramai boleh menderma secara tunai atau cek yang dibayar kepada 'RLAF' dan ditulis 'JAKARTA FLOODS & AUSTRALIAN FIRES' di belakangnya.

Derma tunai dan cek boleh dihantar kepada pejabat RLAF di Masjid Yusof Ishak di alamat

Tingkat 4,
10 Woodlands Drive 17
Singapura 737740

atau MUIS di alamat

Hab Islam Singapura,
273 Braddell Road
Singapura 579702

Dana yang dikumpulkan akan disalurkan menerusi Mercy Relief bagi banjir di Jakarta dan menerusi Persatuan Palang Merah bagi mangsa kebakan belukar di Australia.

Kedua-dua badan itu mempunyai kakitangan di tempat bencana untuk memantau dan menyelia keperluan masyarakat yang terjejas serta mengagihkan bantuan yang diperlukan.

Setakat ini, banjir di Jakarta sudah meragut lebih 60 nyawa dengan hampir 400,000 kehilangan tenpat tinggal mereka.

Australia pula sedang dilanda kebakaran belukar terburuk dalam 10 tahun ini, meragut lebih 25 jiwa dan memusnahkan lebih 2,000 tempat tinggal. 

- BERITAmediacorp/sy

Top