Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Angullia dibuka rasmi, ciri-ciri bersejarah dilestarikan

Masjid Angullia di kawasan Serangoon dirasmikan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli hari ini (14 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Feb 2020 11:42PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 11:44PM

SINGAPURA: Masjid Angullia di kawasan Serangoon dirasmikan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli hari ini (14 Feb).

Upacara membaca doa bagi merasmikan masjid itu dipimpin oleh Timbalan Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir sebelum ia disempurnakan oleh Encik Masagos.

Masjid berusia 130 tahun itu sebelum ini ditutup hampir dua tahun bagi menjalani kerja-kerja pembangunan semula iaitu kali kedua dalam sejarahnya ia dibina semula.

Ia kini setinggi empat tingkat dan mempunyai ciri-ciri mesra alam.

Antaranya, stesen mengisi semula air yang diaktifkan melalui pergerakan deria yang membantu mengelakkan pembaziran.

Bangku-bangku kecil juga disediakan untuk memudahkan lagi pelaksanaan solat.

Bagi jemaah yang kurang daya pendengaran, Masjid Angullia menyediakan beberapa ruang khas yang membolehkan mereka mendengar khutbah yang disampaikan.

Pihak masjid berharap, peningkatan yang terdapat di masjid ini sekarang dapat menarik minat masyarakat untuk tampil mengambil bahagian.

"Setiap hari kita adakan program. ^aktu Dhuha, setiap pagi pun kita adakan program, kita nak memenuhi cita rasa permintaan masyarakat di sini dan kami pelbagaikan bahasanya juga, "kata Pengerusi Masjid Angullia, Ayoob Angullia.

"Ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Bangladesh dan Bahasa Tamil juga kami anjurkan Alhamdullilah," tambahnya.

Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli memuji sokongan masyarakat
dalam mengumpul dana dan membangunkan masjid yang serba baru itu.

"Inilah satu ciri masyarakat Islam di Singapura di mana kita sering bekerjasama, bergotong royong dalam mengumpul dana dalam memberi usaha, memperbaharui masjid-masjid kita,"ujar beliau. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan