Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Al-Islah anjur ceramah fahami kanak-kanak berkeperluan khas; turut rancang kelas bahasa isyarat

Melangkah ke arah sebuah masjid inklusif: Itulah matlamat Masjid Al-Islah yang sedang berusaha melengkapi masyarakat Islam setempat dengan ilmu pengetahuan agama, dan menyediakan ruang untuk mendalami pengetahuan umum dan khusus.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Melangkah ke arah sebuah masjid yang inklusif.

Ini menjadi matlamat Masjid Al-Islah yang sedang berusaha melengkapi masyarakat Islam setempat dengan ilmu pengetahuan agama, dan menyediakan ruang untuk mendalami pengetahuan umum dan khusus.

Bagi menepati matlamat ini, Masjid Al-Islah menganjurkan sesi ceramah bagi memahami kanak-kanak berkeperluan khas yang dibuka kepada orang ramai, semalam (18 Nov).

PESERTA LEBIH MEMAHAMI TENTANG KESULITAN DIHADAPI KANAK KEPERLUAN KHAS

Mempelajari tanda-tanda dan cara terbaik untuk berinteraksi dengan kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, disleksia, kurang daya tumpuan (ADHD) dan kurang daya intelek.

Inilah antara perkara yang dibincangkan dalam sesi ceramah "Menghargai dan Melihat Menjangkaui Label" yang dianjurkan Masjid Al-Islah.

Melalui sesi sebegini, para peserta diharap dapat mendampingi kanak-kanak berkeperluan khas di masjid.

"Saya rasa dalam konteks masjid kita perlu memahami bagaimana tingkah laku mereka, jadi kita boleh berinteraksi dengan kanak-kanak istimewa seperti kanak-kanak yang ada autisme, yang ada ADHD, disleksia.

"Jadi apabila kita sedar dan memahami bagaimana untuk berinteraksi dengan mereka, kita akan dapat berinteraksi lebih mudah dan memahami kesusahan atau memahami bagaimana mereka fikir," kongsi Cik Fadilah Ahmad, Pengasas Blooming Footprints, yang juga merupakan penceramah undangan sesi tersebut.

Mereka yang hadir akur bahawa ceramah tersebut penting dalam meningkatkan kesedaran tentang kanak-kanak berkeperluan khas.

Cik Annuriani Adam misalnya merasakan bahawa sesi seperti itu bermakna buatnya kerana ia beliau lebih memahami bagaimana untuk berinteraksi dengan kanak-kanak berkeperluan khas, dan membuatkan mereka rasa 'diterima'.

"Dalam konteks masjid saya rasa ia bagus kerana masjid adalah satu tempat umum, di mana masyarakat Melayu berkumpul, jadi saya rasa kelas sebegini harus diadakan di masjid-masjid di Singapura, supaya kita dapat mempelajari dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian, seperti bagaimana kita berinteraksi dengan golongan berkeperluan khas, tidak kira dewasa atau kanak-kanak," tambahnya.

Seorang lagi peserta, Encik Muhd Faizal Selamat, harap program-program seperti dianjurkan di masjid-masjid setempat lain.

"Sesi ini adalah sesi yang amat berguna dan bermaklumat, kami dapat mempelajari tentang 'executive skills', dan tanda-tanda atau simptom kanak-kanak istimewa, dari sesi ini kami juga dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman kita tentang isu kanak-kanak istimewa.

"Ini penting, tak kisah kalau anak kita sendiri atau anak orang lain, yang penting kami dapat menerima dan memahami dalam kehidupan kita," tambahnya.

KE ARAH MASJID INKLUSIF: MASJID AL-ISLAH BAKAL ANJUR KELAS BAHASA ISYARAT

"Sebenarnya kita di sini kita nak program-program ini yang mana boleh memberi manfaat kepada seluruh masyarakat, yang mana masjid ini fokusnya bukan hanya beribadah ataupun ilmu agama.

"Jadi kita hendak sediakan juga ilmu atau kursus-kursus ataupun ceramah seperti inilah yang mana sesuai untuk semua lapisan masyarakat tidak kira latar belakang mereka," kata Ustaz Ridwan Sarmidi Putra, Ketua Pendidikan Masjid Al-Islah.

Kelas bahasa isyarat ini dijangka dianjurkan pada separuh pertama tahun depan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan