Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Al-Abrar ditutup sementara setelah dikunjungi kes COVID-19; dibuka semula Rabu

Masjid Al-Abrar di 192 Telok Ayer Street telah ditutup sementara untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh, selepas dikunjungi kes COVID-19 pada 7, 8 dan 9 Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Al-Abrar ditutup sementara setelah dikunjungi kes COVID-19; dibuka semula Rabu

Masjid Al-Abrar di Telok Ayer Street (Petikan skrin: Google Street View)

Diterbitkan : 12 Jul 2021 08:26PM Dikemas Kini : 12 Jul 2021 08:37PM

SINGAPURA: Masjid Al-Abrar telah ditutup sementara untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh, selepas dikunjungi kes COVID-19 pada 7, 8 dan 9 Julai.

Ia akan dibuka semula pada Rabu (14 Jul) waktu solat Zohor.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), dalam catatan di Facebook, seorang individu yang diuji positif bagi virus berkenaan telah mengunjungi masjid di 192 Telok Ayer Street itu pada tarikh dan waktu-waktu berikut:

  • 7 Jul: 3.24 petang hingga 3.54 petang & 5.26 petang hingga 5.56 petang
  • 8 Jul: 3.25 petang hingga 3.55 petang & 5.36 petang hingga 6.06 petang
  • 9 Jul: 2.49 petang hingga 3.29 petang & 5.34 petang hingga 6.04 petang

Waktu itu juga merupakan waktu solat Zohor dan Asar.

"Ekoran itu, Masjid Al-Abrar ditutup mulai Asar hari ini (12 Jul) bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman, dan akan dibuka semula bermula waktu Zohor pada Rabu, 14 Jul", menurut MUIS di Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu, semua tempahan untuk solat berjemaah dalam tempoh tersebut akan dibatalkan secara automatik.

Jemaah yang mengunjungi masjid pada waktu itu dinasihatkan untuk memantau kesihatan mereka dan segera mendapat rawatan perubatan jika tidak sihat.

Mereka juga boleh mengakses sendiri khidmat Padanan Lokasi SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile atau di laman https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di masjid tersebut pada waktu-waktu itu, berdasarkan catatan SafeEntry mereka sendiri.

"Mereka harus bertemu doktor dengan segera jika mereka mula mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema) serta demam dan kehilangan deria rasa atau hidu, dan memaklumkan doktor tentang sejarah pendedahan mereka," tambah MUIS. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan