Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masihkah lagu Dendang Rakyat mendarah daging dalam generasi Tik Tok hari ini?

Perayaan yang pasti diserikan dengan lagu-lagu dendang rakyat seperti Geylang Sipaku Geylang dan Di Tanjong Katong. Selepas 56 tahun, apakah sudah tiba masanya tercipta lagu-lagu rakyat baru agar tidak terus terpaku di Geylang dan Tanjong Katong?

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Ogos, bulan merayakan apa yang istimewa tentang Singapura sempena Hari Kebangsaan.

Perayaan yang pasti diserikan dengan lagu-lagu dendang rakyat seperti Geylang Sipaku Geylang dan Di Tanjong Katong.

Selepas 56 tahun, apakah sudah tiba masanya tercipta lagu-lagu rakyat baru agar tidak terus terpaku di Geylang dan Tanjong Katong?

Lagu dendang rakyat bukan sekadar menghiburkan.

Ia turut menyatukan rakyat berbilang kaum Singapura menerusi lirik, irama dan lagu.

Namun adakah lagu-lagu seperti Geylang Si Paku Geylang dan Di Tanjong Katong masih punya tempat istimewa untuk generasi Tik Tok hari ini?

"Generasi sekarang sudah lain daripada dulu. Mesti ada pertandingan, jadi kita boleh dapat lagu-lagu baru," kata pengarah muzik, Indra Shahrir Ismail.

Selain pertandingan, perlu ada bentuk sokongan lain.

"Perlu dipertimbangkan oleh pemerintah untuk penggerak-penggerak aktivis budaya kerana pergolakan industri muzik ini akan mengarah kepada apa yang paling popular sekarang," ujar seniman veteran, Art Fazil.

"Jika semua artis bersatu-padu dan semua diberikan peluang untuk tulis lagu. Kami sudahpun bersetuju bahawa lagu baru adalah sesuatu yang kita perlukan," kata ikon rap tanah air, Sheikh Haikel.

Baik menerusi pertandingan atau usaha lain, lagu-lagu baru yang ingin dihasilkan harus lahir melalui proses yang semulajadi dan bukan dilakukan secara paksa.

"Jangan buat semata-mata kerana terpaksa. Kalau nak buat sesuatu kerja, buat kerja yang betul. Terutama lagi yang harus datang dari hati, jiwa," ujar Encik Indra Shahrir.

"Sudah tiba masanya Singapura buat satu lagu dalam empat bahasa untuk menunjukkan Singapura bersatu," ungkap biduanita veteran, Rahimah Rahim.

Menghasilkan lagu dendang rakyat baru yang dapat menjadi identiti Singapura majmuk bukan mudah.

Lantaran itu, para karyawan seni tanah air berharap akan ada anjakan yang dapat menjadi pencetus terciptanya lagu-lagu Dendang Rakyat, Dendang Singapura baru.   

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan