Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos Zulkifli lakukan lawatan ke Denmark, hadiri Sidang Perubahan Iklim PBB di Jerman

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Encik Masagos Zulkifli akan melakukan lawatan tiga hari ke Copenhagen, Denmark bermula esok (12 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos Zulkifli lakukan lawatan ke Denmark, hadiri Sidang Perubahan Iklim PBB di Jerman

Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli. (Gambar: MBMS)

Diterbitkan : 11 Nov 2017 08:14PM Dikemas Kini : 11 Nov 2017 10:10PM

SINGAPURA: Menteri Sekitaran dan Sumber Air Encik Masagos Zulkifli akan melakukan lawatan tiga hari ke Copenhagen, Denmark bermula esok (12 Nov).

Menurut kenyataan Kementerian Sekitaran dan Sumber Air, di Copenhagen, Encik Masagos akan menemui rakan sejawatan beliau dan para pegawai dari Kementerian Imigresen dan Integrasi. Beliau akan di bawa melawat kemudahan-kemudahan bagi melihat huraian dan inovasi negara itu dalam pengurusan air dan sisa.

Beliau diiringi para pegawai Kementerian Sekitaran dan Sumber Air, NEA dan PUB.

Encik Masaos kemudian akan menghadiri Persidangan Pelbagai Pihak bagi Konvensyen ke-23 Rangka Kerja mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP-23) dan mesyuarat-mesyuarat bersekutu di Bonn, Jerman, pada 15-17 Nov 2017.

COP-23 dan mesyuarat -mesyuarat bersekutu memberi tumpuan kepada pelaksanaan Perjanjian Paris. Encik Masagos akan menyampaikan Kenyataan Negara Singapura dan menghadiri pelbagai acara peringkat tinggi. Beliau diiringi para pegawai dari agensi-agensi di dalam Jawatankuasa Antara Kementerian mengenai Perubahan Iklim. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan