Images
  • masagos enviro summit

Masagos yakin teknologi bijak huraian tepat atasi masalah sekitaran

SINGAPURA: Menggunakan teknologi bijak untuk mengatasi isu-isu sekitaran dan memastikan bahan-bahan sisa ditangani.

Demikian antara topik yang diutarakan panel perbincangan dengan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli hari ini (22 Mei).

Dengan penggunaan tenaga dan pembuangan bahan sisa yang kian bertambah di seluruh dunia, Encik Masagos menekankan pentingnya ekonomi kitaran untuk mengurangkan sisa dan tekanan terhadap sumber semula jadi.

Panel perbincangan tersebut sebagai acara pembuka kepada sidang Puncak Sekitaran Bersih yang akan menyaksikan para pemimpin industri dan pemerintah berhimpun untuk berkongsi pandangan dan penyelesaian terhadap cabaran-cabaran alam sekitar.

"Teknologi akan memberikan kita penyelesaian kepada banyak masalah yang kita akan hadapi dalam menyenggara masalah sampah kita, terutama sekali tentang bagaimana kita boleh mengeluarkan hasil yang berguna untuk manusia," kata Encik Masagos.

"Dalam sampah kita ada emas, ada tembaga. Kalau kita dapat menggunakan teknologi dengan baik, ia dapat digunakan tanpa perlu mencemar sekitaran di hutan dan limbang di mana kita mengambil emas itu dari tempat asalnya," tambah beliau.  

- CNA/NF/aq

Top