Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos, Rahayu terajui lawatan pembelajaran ke AS; luaskan pengetahuan & perkukuh program mentor belia

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli mengunjungi Youth Mentoring Connection (YMC) di Los Angeles pada Jumaat (12 Jul) bersama-sama rombongan dari Yayasan MENDAKI dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) 

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos, Rahayu terajui lawatan pembelajaran ke AS; luaskan pengetahuan & perkukuh program mentor belia

(Gambar: Rahayu Mahzam/Facebook)

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli mengunjungi Youth Mentoring Connection (YMC) di Los Angeles pada Jumaat (12 Jul) bersama-sama rombongan dari Yayasan MENDAKI dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bagi menimba lebih banyak pengetahuan tentang program bimbingan persatuan itu.

Ia memadankan belia berisiko dengan mentor yang boleh membimbing mereka untuk mencapai potensi sebenar dan mengecap matlamat kehidupan.

Menulis di laman Facebooknya, Encik Masagos menyifatkan lawatan tersebut sebagai memberi "pandangan berguna" kepada pasukan M³ terutama dari segi bagaimana mereka dapat memperhalusi program pengupayaan yang disasarkan khususnya terhadap golingan belia pada masa hadapan. Mentelah lagi, tulis beliau lanjut, dengan pengumuman oleh AP GRC Jurong Rahayu Mahzam tentang pelancaran pelbagai program pemerkasaan dan bimbingan buat golongan tersebut.

(Gambar: Rahayu Mahzam/Facebook)

Cik Rahayu bersama-sama para wakil Yayasan MENDAKI dan MUIS melawat HBO untuk mengetahui lebih dalam tentang kerjasama antara syarikat itu dengan YMC. 

Baru-baru ini, Cik Rahayu yang menerajui bidang fokus M³ mengenai pemerkasaan dan bimbingan belia mengumumkan tiga program utama untuk membakar semangat mereka dalam pembangunan diri - Program Pemerkasaan bagi Lelaki (EPB) dan Program Pemerkasaan bagi Perempuan (EPG) serta Projek Soar.

Dalam catatan Facebooknya, Cik Rahayu pula berkata: "Kami mempunyai beberapa lagi tempat persinggahan dalam masa beberapa hari akan datang. (Saya) tidak sabar untuk membawa pulang wawasan bermakna; untuk membina usaha yang sudah kita lakukan bersama belia dalam masyarakat kita".

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan