Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos puji GCDC Jamiyah; terap 'I STEAM' bagi rangsang kreativiti kanak-kanak

Pendekatan yang lebih inovatif penting untuk merangsang daya kreatif kanak-kanak.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pendekatan yang lebih inovatif penting untuk merangsang daya kreatif kanak-kanak.

Ini lebih-lebih lagi memandangkan landskap pendidikan awal kanak-kanak semakin dinamik di Singapura.

Ini ditekankan oleh Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli semasa merasmikan Pusat Pembangunan Kanak-Kanak Global Jamiyah (GCDC) di Tampines siang tadi (27 Jan).

Lebih menarik lagi, GCDC @ Tampines ini menerapkan pendekatan 'I STEAM' iaitu Sains Inovatif, Kejuruteraan Teknologi, Seni dan Matematik yang disepadukan dengan kurikulum prasekolah Kementerian Pendidikan (MOE).

Pusat Pembangunan Kanak-Kanak Global (GCDC) di Tampines ini membuka pintunya kepada orang ramai hari ini.

(Gambar-gambar: Jamiyah)

Sebelum pusat baru ini dirasmikan siang tadi, sebuah pusat serupa dibuka di Woodlands pada 2007.

Semasa merasmikan GCDC @ Tampines, Encik Masagos turut memuji usaha Jamiyah menerapkan semangat keusahawanan dalam kurikulum prasekolahnya.

Menurut Encik Masagos, nilai-nilai murni seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa mesti dipupuk sejak kecil lagi.

Jamiyah, menurut beliau, memainkan peranan yang aktif dalam menyemai nilai-nilai ini di pusat-pusat prasekolahnya.

"Yang pertama, walaupun mereka mengikut kurikulum Kementerian Pendidikan (MOE), iaitu NEL. Namun mereka menggunakan approach ‘I STEAM’. Jadi mereka mendorong kanak-kanak tadika di sini untuk mencuba projek-projek kecil," kata Cik Aisah Osman, pengerusi Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jamiyah. 

Kurikulum GCDC @ Tampines ini termasuk pendedahan kepada projek kecil-kecilan yang berunsurkan keusahawanan.

Sempena acara hari ini, Majlis Bandaran Tampines juga memperuntukkan ruang berkebun untuk para murid GCDC @ Tampines di mana kanak-kanak akan diajar untuk menghargai alam sekitar.

"Saya tinggal di unit di atas, sekolah anak saya pula di bawah, jadi saya rasa mudah sangat untuk mendaftar anak saya di sini," kata Cik Sarah yang baru mendaftarkan anaknya ke GCDC @ Tampines.

"Lagi pun rumah baru akan siap di daerah sini juga dan kurikulumnya amat memuaskan," kata Cik Surianti, seorang lagi ibu yang menghadiri acara siang tadi.

Selain prasekolah, GCDC @ Tampines turut menawarkan khidmat jagaan bayi.

Sejauh ini, 90 kanak-kanak sudahpun didaftarkan di GCDC @ Tampines daripada 106 tempat yang disediakan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan