Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos pimpin delegasi S'pura ke mesyuarat MABIMS di Brunei

Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli, akan memimpin delegasi Singapura ke Mesyuarat MABIMS yang ke-18 di Brunei Darussalam selama tiga hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos pimpin delegasi S'pura ke mesyuarat MABIMS di Brunei

Gambar fail Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli.

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, akan memimpin delegasi Singapura ke Mesyuarat MABIMS yang ke-18 di Brunei Darussalam selama tiga hari.

Mesyuarat itu akan berlangsung dari 14 hingga 16 November 2018, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini (12 Nov).

MABIMS adalah mesyuarat tidak rasmi bagi para menteri-menteri agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Rangka kerja MABIMS bertujuan untuk menjalin kerjasama tidak formal dalam kalangan negara-negara anggotanya dalam hal ehwal agama, menurut kenyataan media itu lagi.

Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, akan diiringi Ketua Eksekutif MUIS, Abdul Razak Hassan Maricar.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan