Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos lancar projek kumpul dana S$4 juta bagi Masjid Bencoolen

Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli melancarkan projek mengumpul dana bagi peningkatan Masjid Bencoolen dalam satu majlis berbuka puasa malam ini (14 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli melancarkan projek mengumpul dana bagi peningkatan Masjid Bencoolen dalam satu majlis berbuka puasa malam ini (14 Mei).

Encik Masagos diringi Ketua Eksekutif MUIS Esa Masood dan Presiden MUIS Mohammad Alami Musa dalam majlis itu.

Mereka turut diberi taklimat oleh pihak Warees mengenai kerja-kerja naik taraf yang bakal dijalankan.

Antara lain, Masjid Bencoolen akan dilengkapi dengan lima aras untuk kegunaannya berbanding hanya dua sekarang.

Kemudahan seperti lif dan ruang bebas hadangan juga akan dibina bagi menjadikan masjid itu lebih mudah diakses pelbagai lapisan masyarakat.

Selain Masjid Bencoolen, kompleks komersil dan perkhidmatan servis untuk 103 bilik apartmen Somerset yang berada di tapak wakaf turut akan menjalani kerja-kerja naik taraf.

Secara keseluruhannya, Masjid Bencoolen yang baru nanti akan mempunyai reka bentuk yang lebih Islamik, ruang yang luas, kemudahan mesra Muslim di apartmen kediaman dan kedai komersil halal. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan