Images
  • masagos
    (Gambar fail: Masagos Zulkifli/Facebook)

Masagos lakukan lawatan 5 hari ke UAE sempena Minggu Kemampanan Abu Dhabi

SINGAPURA: Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli melakukan lawatan ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini (12 Jan) hingga Rabu depan (16 Jan), untuk menghadiri Minggu Kemampanan Abu Dhabi (ADSW).

ADSW adalah sebuah forum global yang mengetengahkan isu-isu kritikal berkaitan agenda sekitaran yang mampan.

Encik Masagos akan berucap di Sidang Puncak Masa Depan pada Rabu (16 Jan) dan merasmikan bengkel Sifar Sisa.

Bengkel itu adalah anjuran bersama Kementerian Sekitaran dan Sumber Air Singapura dengan Kementerian Perubahan Iklim dan Sekitaran UAE.

Selain menghadiri sidang puncak berkenaan, Encik Masagos juga akan bertemu para pegawai kanan UAE.

Encik Masagos diiringi para pegawai kementeriannya, Penguasa Agromakanan dan Veterinar, Agensi Sekitaran Kebangsaan dan agensi air negara, PUB.

- CNA/MM/aq

Top