Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos ke Kenya hadiri sidang PBB mengenai sekitaran

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli akan menghadiri Perhimpunan Peringkat Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Sekitaran (UNEA-3) pada 5 dan 6 Disember di Nairobi, Kenya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos ke Kenya hadiri sidang PBB mengenai sekitaran

Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli. (Gambar: MBMS)

SINGAPURA: Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli akan menghadiri Perhimpunan Peringkat Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Sekitaran (UNEA-3) pada 5 dan 6 Disember di Nairobi, Kenya.

Beliau akan menyampaikan Kenyataan Negara Singapura dan mengambil bahagian dalam Dialog Kepimpinan yang pertama diadakan.

Encik Masagos akan berkongsi pendekatan Singapura dalam memastikan pembangunan mampan dan menekankan pentingnya usaha kerjasama antara pemerintah dalam menangani pencemaran rentas sempadan.

Ucapan Encik Masagos dalam sesi Dialog Pemimpin pula, bertajuk "Huraian Praktikal ke arah bumi bebas pencemaran".

Mesyuarat UNEA-3 itu melibatkan semua anggota PBB. Encik Masagos bersama lebih 100 menteri sekitaran akan membincangkan isu-isu sekitaran global masa kini dan akan datang.

Lebih 10 ketetapan dijangka dicapai pada perhimpunan tersebut, selain Perisytiharan Peringkat Menteri mengenai komitmen mereka untuk menangani pencemaran.

Tiga Pertubuhan bukan Pemerintah (NGO) dari Singapura akan turut serta dalam UNEA-3 iaitu Majlis Sekitaran Singapura, WWF Singapura dan Majlis Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan.

Encik Masagos diiringi para pegawai dari Kementerian Sekitaran dan Sumber Air serta Agensi Sekitaran Kebangsaan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan