Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos jadi Menteri Ehwal Islam, ikrar kerjasama dengan cendekia dan badan-badan Melayu/Islam

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang baru, Encik Masagos Zulkifli berkata beliau menerima pelantikan tersebut dengan rendah hati.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang baru, Encik Masagos Zulkifli berkata beliau menerima pelantikan tersebut dengan rendah hati.

Jawatan barunya itu berkuat kuasa pada Selasa depan (1 Mei) dan beliau juga akan terus menjadi Menteri Sekitaran dan Sumber Air.

Semasa diminta komen beliau tentang portfolio baru yang akan disandangnya itu, Encik Masagos berikrar bahawa beliau dan Anggota Parlimen Melayu/Islam lain - khususnya Encik Zaqy Mohamad dan Encik Amrin Amin - mahu terus meningkatkan perkhidmatan MUIS, Mendaki dan MESRA.

"Kita harus pertingkatkan lagi perkhidmatan mereka (MUIS, MENDAKI, MESRA) dengan secara serampang. Bagaimana kita dapat memperbaiki apa yang sudah dilakukan dan meneruskan lagi usaha-usaha baik institusi-institusi tersebut," jelas beliau.

Malah menurut Encik Masagos, pasukan kepimpinan beliau itu "akan bekerjasama dengan badan-badan Melayu/Islam (lainnya) dan juga cendekiawan" demi meningkatkan lagi kehidupan masyarakat Melayu/Islam Singapura ini.

TENTANG PERSARAAN DR YAACOB

Encik Masagos dalam pada itu menjulang jasa Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam sekarang, iaitu Dr Yaacob Ibrahim, dalam membangunkan masyarakat Melayu/Islam setempat baik dari sudut keagamaan mahupun ekonomi dan sosial.

"Beliau, selama 16 tahun memegang jawatan sebagai Menteri, sudah membuat pindaan kepada Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) sebanyak tiga kali. Menunjukkan keprihatinan beliau tentang apa-apa sahaja yang perlu dilakukan untuk memenuhi perbezaan, perubahan yang dialami oleh masyarakat," komen Encik Masagos.

"Beliau juga adalah pengasas Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) yang baru-baru ini, melalui MENDAKI, telah menerokai bagaimana untuk mendigitalisasikan masyarakat Melayu/Islam kita.

"Banyak sekali usaha-usaha beliau yang menunjukkan keprihatinan beliau terhadap masyarakat kita dan kita akan terus mengenang jasa beliau," tambahnya.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan