Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos gesa penduduk terus berwaspada; lebih banyak nyamuk, kes denggi dijangkakan antara Jun-Oktober

Jumlah nyamuk dijangka meningkat seiring dengan bilangan kes denggi dalam masa beberapa bulan akan datang yang suhunya diramal lebih panas, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam kenyataan medianya hari ini (20 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Masagos gesa penduduk terus berwaspada; lebih banyak nyamuk, kes denggi dijangkakan antara Jun-Oktober

Berucap di pelancaran utama Kempen Pencegahan Denggi Kebangsaan 2018 di Daerah Timur Laut hari ini, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli menggesa orang ramai dan pihak-pihak berkepentingan supaya terus berwaspada. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

Diterbitkan : 20 May 2018 01:57PM Dikemas Kini : 20 May 2018 02:03PM

SINGAPURA: Jumlah nyamuk dijangka meningkat seiring dengan bilangan kes denggi dalam masa beberapa bulan akan datang yang suhunya diramal lebih panas, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam kenyataan medianya hari ini (20 Mei).

Menerusi sistem pengawasan Gravitrap, NEA mendapati bahawa jumlah nyamuk masih tinggi dengan 22 peratus lebih banyak nyamuk Aedes aegypti pada suku pertama tahun ini berbanding suku sebelumnya, sekaligus meningkatkan risiko kes denggi di sini.

Awal bulan ini, tiga orang meninggal dunia dan sebanyak 60 kes denggi dilaporkan di kelompok Jurong West.

“Bulan-bulan yang lebih panas antara Jun hingga Oktober biasanya menyaksikan jangkitan denggi yang lebih tinggi di Singapura disebabkan putaran pembiakan dan pematangan nyamuk Aedes yang lebih pantas dan tempoh pengeraman virus denggi yang lebih singkat.

“NEA menjangkakan trend ini akan meningkat pada bulan-bulan lebih panas akan datang sekiranya kami tidak mengambil langkah untuk mengawal bilangan nyamuk,” demikian menurut kenyataan itu.

Agensi tersebut menggesa orang ramai supaya terus bekerjasama sebagai sebuah masyarakat untuk membasmi penularan denggi.

Berucap di pelancaran utama Kempen Pencegahan Denggi Kebangsaan 2018 di Daerah Timur Laut hari ini, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli menggesa orang ramai dan pihak-pihak berkepentingan supaya terus berwaspada meskipun kes denggi tahun ini lebih rendah berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.

Encik Masagos turut menggesa usaha yang lebih bersepadu untuk terus memastikan agar jumlah nyamuk Aedes dapat dikurangkan dan mengekalkan kadar jangkitan denggi pada paras yang rendah menjelang kemuncak musim denggi.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan