Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos gesa insitusi kewangan S'pura terapkan ciri kemampanan

 Institusi-institusi kewangan di Singapura digesa supaya menerapkan ciri-ciri kemampanan dalam perniagaan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Feb 2018 08:23PM Dikemas Kini : 09 Feb 2018 10:41PM

SINGAPURA: Institusi-institusi kewangan di Singapura digesa supaya menerapkan ciri-ciri kemampanan dalam perniagaan mereka.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulfkifli berkata demikian kepada para pemain industri semasa satu dialog hari ini (9 Feb).

Beliau berkata demikian di tengah-tengah perubahan iklim yang sudah dapat dilihat dan dirasakan. Misalnya, Cape Town yang dilanda kemarau selama tiga tahun sedang bersedia menghadapi hari apabila semua paipnya kering kontang.

Malah, Singapura juga tidak terkecuali daripada corak cuaca yang berubah dengan hujan lebat mencetuskan banjir kilat baru-baru ini.

Menurut Encik Masagos, perubahan iklim tidak boleh ditangani oleh satu-satu negara sahaja. Sebaliknya, usaha sejagat diperlukan dengan pelbagai sektor memainkan peranan mereka, termasuk institusi-institusi kewangan.

BON-BON HIJAU TERUS BERKEMBANG

Oleh itu, Encik Masagos selanjutnya menarik perhatian tentang bursa saham Singapura (SGX) yang mencapai kemajuan baik dalam menarik penyenaraian bon-bon hijau. Iaitu lebih 20 bon tempatan dan antarabangsa disenaraikan dengan berjumlah $15 bilion baru-baru ini. Standard Chartered menjangkakan pasaran tersebut akan berkembang.

Bon-bon hijau adalah kategori sekuriti pendapatan tetap yang menaikkan modal bagi projek-projek yang memberi manfaat kepada alam sekitar.

SGX juga sudahpun mewajibkan syarikat-syarikat tersenarai untuk menyediakan laporan kemampanan sejak 2017.

Menurut data pertubuhan bukan mencari untung, Daya usaha Climate Bonds, pengeluaran bon hijau global mencecah paras rekod $207 juta pada 2017 dan mungkin mencecah $400 juta tahun ini. 

Sumber : CNA/EM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan