Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos ajak masyarakat Melayu/Islam beri perhatian kepada 3M ini

Tiga teras utama akan dititikberatkan dalam usaha memperkasakan masyarakat Melayu/Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2018 07:53PM Dikemas Kini : 14 May 2018 10:29PM

SINGAPURA: Tiga teras utama akan dititikberatkan dalam usaha memperkasakan masyarakat Melayu/Islam.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkata demikian di Parlimen hari ini (14 Mei) semasa membahaskan teras-teras utama Ucapan Presiden.

Pertama adalah untuk terus memperkuatkan MUIS, MENDAKI dan MESRA atau 3M.

Kedua, menugaskan para Anggota Parlimen (AP) pemegang jawatan untuk menggerakkan 3M dan ketiga mengukuhkan jaringan ikatan badan-badan 3M.

MASYARAKAT MELAYU/ISLAM RAIH MANFAAT DARIPADA MERITOKRASI

Berucap di Parlimen semasa membahaskan teras utama Ucapan Presiden, Encik Masagos, berkata Singapura mesti membangunkan bentuk meritokrasi yang tersendiri menerusi semangat berkongsi, pengalaman bersama dan dasar-dasar yang berkesan.

Beliau menarik perhatian masyarakat Melayu/Islam meraih manfaat daripada sebuah sistem meritokrasi.

Ini, kata beliau sejajar dengan teras Ucapan Presiden dalam membangunkan sebuah masyarakat yang tidak meninggalkan sesiapa di belakang

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam itu menarik perhatian masyarakat Melayu/Islam meraih manfaat daripada sebuah sistem meritokrasi.

Beliau berkata lebih 32 peratus orang Melayu memegang jawatankaryawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) PMET dalam tenaga kerja, naik dari 7 peratus pada 1980.

Pendapatan bulanan keluarga juga meningkat enam kali ganda sejak 35 tahun lalu.

MUIS, MENDAKI, MESRA PERLU DIPERKUKUH

Namun Encik Masagos berkata unsur-unsur luaran merubah dan mempengaruhi cara sesetengah anggota masyarakat menjalani kehidupan beragama di Singapura dan ini termasuk ektrimisme.

Untuk memperkasa masyarakat Melayu/Islam, beliau berkata MUIS, MENDAKI dan MESRA perlu diperkukuhkan dengan kakitangan dan piawaian terbaik dan perlu bekerja seiringan.

Encik Masagos berkata beliau melantik Encik Zaqy Mohamad sebagai Naib Pengerusi Mendaki.

"Kami AP-AP yang menjawat jawatan - saya, SMS Dr Maliki, MOS Zaqy, SPS Dr Faishal dan SPS Amrin akan bekerjasama sebagai satu pasukan bersepadu. Saya akan menugaskan mereka menerajui pelbagai inisiatif dan menggembleng tenaga rakan-rakan lain," kata Encik Masagos.

Beliau menambah bahawa 3M akan menguatkan lagi jaringan masing-masing.

Satu kekurangan yang harus diatasi katanya adalah masalah penyampaian khidmat 'last-mile' atau jarak terakhir.

GANGGUAN TEKNOLOGI JEJAS PEKERJAAN

Dalam pada itu, Encik Masagos menarik perhatian terhadap ketidaktentuan ekonomi dan gangguan teknologi yang akan menjejas pekerjaan.

"Cabaran timbul dengan berkembangnya ekonomi Asia dan rantau kita. Kedudukan mapan kita dicabar dan negara-negara serantau berubah menjadi pesaing sengit kita hingga mereka menjadi pesaing kita yang sangat sengit. Gangguan teknologi baru pula akan lebih pesat dan menggegar. Samada dari kecerdasan buatan atau AI, robotik dan ekonomi digital," kata beliau.

Encik Masagos selanjutnya memberi amaran di Parlimen bahawa meritokrasi bukan satu sistem yang sempurna jika kejayaan dimonopoli untuk beberapa generasi dan memecah-belahkan masyarakat.

Namun beliau berkata ia boleh bersifat moral bila mereka yang meraih manfaat daripada sistem itu juga menyumbang kembali kepadanya.  

Sumber : CNA/EM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan