Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos ajak 'guna & kitar semula' capai matlamat sisa sifar

Bagi mencapai matlamat sebagai sebuah negara sisa sifar, Singapura perlu mengamalkan 'guna dan kitar semula bahan-bahan' sebaik mungkin.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jan 2019 09:11PM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 11:40PM

SINGAPURA: Bagi mencapai matlamat sebagai sebuah negara sisa sifar, Singapura perlu mengamalkan 'guna dan kitar semula bahan-bahan' sebaik mungkin.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli menyifatkan langkah itu sebagai pendekatan "ekonomi bulatan" di pelancaran kempen ke arah sisa sifar hari ini (12 Jan).

Menurutnya pendekatan itu melibatkan perubahan dari segi bagaimana produk-produk digunakan dan dibuang dalam cara berterusan.

Beliau memberi contoh Hab Tampines, di mana sebanyak 700 kilogram sisa makan ditukar menjadi saluran air untuk kegunaan mencuci dan bercucuk tanam.

Pendekatan baru itu juga dijangka menghasilkan pekerjaan-pekerjaan penukaran sisa baru.

Encik Masagos menambah pihak berkuasa akan menerbitkan sebuah pelan induk sisa sifar yang pertama menjelang hujung tahun ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan