Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS, SPF: S$7.8 juta lesap pada 2017 akibat perdagangan di wadah tanpa lesen

Sebanyak 142 aduan diterima pada 2017 oleh Jabatan Ehwal Komersil (CAD) daripada para pengguna yang kerugian S$7.8 juta selepas melakukan dagangan di wadah-wadah tidak berlesen.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS, SPF: S$7.8 juta lesap pada 2017 akibat perdagangan di wadah tanpa lesen

Gambar fail seorang lelaki di hadapan komputer. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 31 May 2018 08:06PM Dikemas Kini : 31 May 2018 08:08PM

SINGAPURA: Sebanyak 142 aduan diterima pada 2017 oleh Jabatan Ehwal Komersil (CAD) daripada para pengguna yang kerugian S$7.8 juta selepas melakukan dagangan di wadah-wadah tidak berlesen.

Demikian menurut polis dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini (31 Mei).

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding 40 aduan yang diterima pada tahun 2016, menurut polis dan MAS.

Kedua-dua agensi menyatakan mereka menerima lebih banyak aduan daripada orang awam mengenai kerugian akibat perdagangan online yang tidak dikawal pada tahun lalu. Orang ramai juga ingatkan supaya " berjaga-jaga" apabila menggunakan wadah seumpama itu.

"Wadah-wadah perdagangan yang tidak dikawal itu membolehkan para pelabur berdagang dalam pelbagai produk seperti mata wang asing, saham, komoditi dan pilihan binari," menurut kenyataan itu lagi.

Kebanyakan wadah itu lazimnya terletak di luar Singapura, menyulitkan proses mengesahkan sama ada operasinya boleh dipercayai atau tidak dan ini meningkatkan risiko pengguna ditipu, tambah MAS dan polis.

Para pelabur juga sukar untuk membuat tuntutan terhadap para pengendali yang berpangkalan di luar negara.

Selain itu, para pelabur sering diarahkan oleh para pengendali wadah seumpama itu supaya memindahkan wang ke akaun-akaun bank luar negara yang didaftarkan dengan nama-nama individu berlainan daripada pengendalinya.

"Ini menyukarkan para pelabur untuk mendapatkan semula wang pelaburan apabila berlaku sesuatu (yang tidak diingini)," menurut MAS dan polis.

Wadah-wadah tersebut mungkin juga memerlukan para pelabur menggunakan kad-kad kredit atau debit untuk membayar dagangan mereka atau membiayai akaun-akaun perdagangan mereka. Ini mendedahkan mereka kepada risiko lebih tinggi berdepan dengan urus niaga tidak sah bagi kad-kad atas nama mereka.

"(Sejauh ini) tiada kawal selia perlindungan bagi para pelabur yang memilih untuk melakukan urus niaga menerusi wadah-wadah perdagangan yang tidak dikawal," kata Penolong Pengarah Urusan (Capital Markets) MAS, Lee Book Ngiap.

"Terdapat risiko lebih tinggi berlaku penipuan apabila para pelabur melakukan urus niaga di wadah-wadah yang dikendalikan oleh entiti-entiti yang tidak dikawal, yang latar belakang dan operasinya tidak dapat disahkan dengan mudah."

Beliau menggesa para pengguna supaya sentiasa "tanya, periksa, pastikan" sebelum komited membuat pelaburan untuk mengelak kemungkinan berlaku penipuan.

"Para pengguna perlu sentiasa berhati-hati apabila berdepan dengan peluang pelaburan yang menjanjikan pulangan-pulangan tinggi dengan jaminan kurang atau tiada risiko," kata Pengarah CAD, David Chew Siong Tai.

"Ia mungkin satu penipuan; jika ia menjanjikan sesuatu yang terlalu bagus, mungkin tidak benar."

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kegiatan-kegiatan penipuan di wadah-wadah perdagangan online yang tidak berlesen boleh menyerahkannya di www.police.gov.sg/e-services atau di mana-mana Pusat/Balai Polis Kejiranan. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan