Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MAS larang 2 bekas pekerja bank, seorang ejen insurans kerana menipu dan tidak jujur

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan pada Rabu (10 Apr) bahawa pihaknya sudah mengeluarkan perintah larangan terhadap dua bekas jurubank dan seorang ejen insurans kerana menipu dan berkelakuan tidak jujur.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS larang 2 bekas pekerja bank, seorang ejen insurans kerana menipu dan tidak jujur

Penguasa Kewangan Singapura. (Gambar: Jason Quah/TODAY)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 11:28PM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 11:30PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan pada Rabu (10 Apr) bahawa pihaknya sudah mengeluarkan perintah larangan terhadap dua bekas jurubank dan seorang ejen insurans kerana menipu dan berkelakuan tidak jujur.

Emeline Tang Wei Leng, yang sebelum ini bekerja di HSBC, dikenakan tempoh larangan paling lama iaitu selama 20 tahun, manakala Nguyen Duy Minh, bekas wakil UOB, dilarang berkhidmat selama 12 tahun.

Sementara itu, Koh Zhan Loong John, bekas ejen insurans bagi NTUC Income, diberi tempoh larangan selama 10 tahun.

Ketiga-tiga kes itu tidak mempunyai kaitan, menurut MAS.

Sebelum ini ia dilaporkan bahawa Tang, yang merupakan naib presiden kanan di HSBC, telah menipu mangsa yang lanjut usia.

Seramai lima orang - empat daripadanya saudara-mara Tang sendiri ditipu agar menyerahkan lebih S$5 juta kerana beranggapan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun deposit tetap dengan HSBC.

Tang memberikan mangsa-mangsanya dokumen palsu untuk meyakinkan mereka bahawa duit yang diberikan sudah dimasuk ke dalam bank.

Tang yang berusia 41 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun enam bulan pada Jun 2018 dan kini dilarang memberikan sebarang khidmat atau nasihat kewangan.

Nguyen menjual produk-produk kewangan palsu kepada para pelanggannya dan memalsukan dokumen produk kewangan tanpa pengetahuan mangsa, menurut MAS.

Dia juga menggelapkan wang yang diamanahkan kepadanya oleh seorang pelanggan. Dia tidak memasukkan wang itu ke dalam akaun pelanggan tersebut meskipun sudah diarahkan.Tindakannya mengakibatkan lapan pelanggan kehilangan sekitar S$500,000, dan Nguyen dijel tiga tahun dan sembilan bulan.

Menurut MAS, dia juga dilarang menawarkan khidmat nasihat kewangan dan tidak dibenarkan memegang jawatan sebagai pengarah atau menjadi pemegang saham sebarang syarikat nasihat kewangan.

Koh pula, menyalahgunakan premium insurans yang diterima daripada 11 pelanggan, melibatkan jumlah S$500,000.

Dia didapati bersalah kerana pecah amanah pada Jun tahun lalu dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan